Pada sekitar jam 9 pagi, ahad 20 Oktober 2013, semasa sya memandu masuk ke kampus induk USM di Pualu Pinang, saya terpandang satu pokok besar (yang dikenali "brown heart" atau nama saintifiknya, "andira inermis leguminosae")(yang biasa menjadi tumpuan saya sebab dia besar, nampak gagah, dan agak "bersendirian" daripada jajaran pokok-pokok lain), telah tumbang. Saya memberhentikan kenderaan saya dan memeriksa serta mengambil gambar.
Sedang asyik melihat-lihat untuk menjawab soalan di benak saya, "Kenapa pokoko ni tumbang..", tiba-tiba saya terpandang Abang Mat, tukang kebun yang sedang memandang saya dari arah tebing bukit. Lalu saya ajukan soalan tersebut kepadanya, dan spontan jer dia jawab, "Mungkin ujan lebat sejak dua tiga hari ni kuit, dan tanah jadi lembut..."
Ya la juga, sebab saya lihat pokok ini segar dan tak ada la pula akarnya rosak berpenyakit dan lain-lain.
Begitulah berakhirnya riwayat satu pokok yang gah besar berdiri, namun akhirnya menyembah bumi, hanya kerana tanah yang menyokong akarnya telah tidak lagi dapat bertahan.
Begitulah juga kita...
Rasa gah, memang nampak gah, hebat, kaya, rasa diri berilmu tinggi, disanjung orang, digeruni orang, semuanya tidak akan bertahan. Jika Allah telah menghendaki kita jatuh, maka kita akan jatuh juga, walaupun atas sebab yang amat kecil, yang tak terlintas pun difikiran kita.
Jadi, kenapa perlu bersifat dan bersikap riak, ajib dan sombong pada diri dan orang? Itu soalan untuk diri saya sendiri sebagai "peringatan" bertapa kerdilnya saya (dan kita semua).
KITA JUGA AKAN "TUMBANG" satu hari nanti.
ITU ADALAH YANG PASTI AKAN BERLAKU...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.