Saya tertarik dengan berita dan kenyataan berikut:
'Jangan tipu
isi borang'
23 Disember
2013
PERAK - Sikap pemohon bantuan yang menipu maklumat ketika memohon
bantuan tanpa memikirkan implikasi perbuatan itu daripada segi haram serta
halal ditegur oleh Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Beliau berkata, perbuatan itu disedarinya baru-baru ini, ketika pihaknya menerima zakat yang diminta diagihkan kepada golongan asnaf di kawasan Dun Sungai Manik.
Katanya, pihaknya mengedarkan borang kepada golongan yang berhak menerima bantuan itu namun ada beberapa pemohon didapati memalsukan maklumat diri mereka.
“Ini hasil semakan pegawai-pegawai khas saya yang meneliti semula permohonan yang mereka terima. Terdapat pemohon dikesan memalsukan maklumat.
“Bagi memastikan maklumat dalam borang diterima tepat, pegawai saya turun padang bagi memeriksa kembali sama ada penerima benar-benar layak untuk diberikan bantuan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 100 beg sekolah kepada murid kurang berkemampuan dan dermasiswa kepada sembilan penerima di kawasan Dun Sungai Manik, di Pusat Khidmat Dun Sungai Manik, di sini.
Zainol Fadzi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, hasil pemeriksaan dijalankan, pihaknya mendapati tiga pemohon cuba memalsukan maklumat pendapatan mereka.
"Masih ada ibu bapa menipu pendapatan untuk mendapatkan bantuan tanpa memikirkan halal dan haram daripada segi syarak.
“Mereka (pemohon) ini mahu dapat bantuan seperti orang lain walaupun sebenarnya tidak layak menerimanya,” katanya.

Perkara yang sama juga berlaku kepada yang mengisi lain-lain borang, termasuk BRIM, PPRT, Biasiswa/pinjaman, bantuan banjir, PERKESO, Kebajikan Masyarakat, dan sebagainya.
Kita biasa melihat orang yang telah sembuh daripada kesakitan, tetapi masih mendapat bantuan kebajikan. Kita pernah melihat orang sudah "bebas" daripada kemiskinan, tetapi masih mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat, Baitul Mal, Zakat. Kita pernah melihat banyak kes "orang kaya" (tapi kerana bisnes sendiri dan tidak membayar cukai)(memiliki kereta baru) yang mendapat bantuan PPRT, yang memohon pula (dan mendapat) BRIM (walhal pendapatannya lebih RM5000 sebulan)(tapi ada orang yang jujur yang pendapatannya cuma RM3010 tidak mendapat bantuan), dan mendapat bantuan khas persekolahan anak-anak (dengan cara menipu fakta semasa mengisi borang permohonan). JIKA KITA DITIMPA BALA, ANAK MENDAPAT MUSIBAT, KELUARGA DITIMPA MALANG, MAKA MASA ITULAH BARU KITA MERINTIH...WALHAL, KITA YANG "MENEMPAH" BALA, MUSIBAT DAN MALANG TERSEBUT. Jadi, sama-samalah kita insafi....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.