MUHASABAH UNTUK DIRI SAYA SENDIRI, DAN INGIN
SAYA KONGSIKAN DENGAN SEMUA SAHABAT DIKASIHI
Sifat Ujub
dan Senarionya
Ujub adalah sikap merasa kagum dan hebat yang luar
biasa serta terpesona kepada diri sendiri, serta rasa hebat diri, dan kita
memiliki kelebihan dan kehebatan melebihi orang lain tanpa bersandarkan bahawa
semuanya itu adalah atas kurniaan Allah SWT. Dalam hal ini Imam al-Ghazali ada
menyatakan bahawa, "Perasaan ujub
adalah kecintaan seseorang pada suatu kurniaan dan merasa memilikinya sendiri,
tanpa mengembalikan keutamaannya kepada Allah." Manakala
Sufyan
at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada diri sendiri sehingga dia
merasa bahawa dia lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya berbanding orang lain.
Dalam sebuah hadis, ada Rasulullah
SAW menyebut, “Tiga hal yang membawa pada jurang kebinasaan: (1) tamak lagi
kikir, (2) mengikuti hawa nafsu (yang selalu mengajak pada kejahatan), dan ujub
(takjub pada diri sendiri).” (Hadis riwayat Abdur Razaq, Al-Bazzar dan
Al-Baihaqi)
Perasaan ujub boleh timbul
dari dalam sendiri atau setelah dipuji dan dipuja oleh orang lain. Perasaan
ujub boleh datang semasa kita berseorangan dan juga semasa berada bersama-sama
orang lain. Misalan-misalan situasi yang
boleh menwujudkan rasa ujud adalah seperti berikut:
Orang
yang berpelajaran dengan pelbagai ijazah digengami, merasa kagum tentang
kehebatannya.
Orang
yang kerap menghulurkan sedekah dan derma, merasa kagum dengan sedekah dan
dermanya.
Orang
yang kerap melakukan ibadat berjemaah merasa kagum dengan ibadatnya.
Orang
yang rupawan atau hensem, merasa kagum dengan rupa parasnya.
Orang
yang kaya raya serta berjawatan tinggi, merasa kagum dan hebat dengan kekayaan
dan jawatannya.
Imam Nawawi rahimahullah
berkata, ”Ketahuilah bahwa keikhlasan
niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya
sendiri maka akan terhapus amalnya".
Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila seorang lelaki sedang
berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia
rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah
tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari
kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman, “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah
dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu
berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan
orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang
jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang
kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur
dan membangga-banggakan diri” (Surah An-Nisaa' 4:36) |
Cara
Menghilangkan Atau Mengubat Ujub
Diantara cara untuk menghilangkan atau menentang atau menghalang sifat dan penjelmaan ujud, adalah seperti berikut:
1. Seperti
diperingatkan oleh Allah SWT,
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan,
maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan
yang serupa).” (Surah An-Nisa’: 86)
2. Istighfar
(meminta ampun) dan taubat sebanyak-banyaknya kepada Alla SWT.
3. Sentiasa
bermuhasabah diri dan mengingati bahawa diri kita adalah kepunyaan Allah SWT
dan kepada-Nya kita akan kembali.
Dalam memuhasabah
diri, cuba kita renungi apa yang diluahkan oleh Muthrif rahimahullah: “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun
dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa
kagum dengan amalan tahajud tadi.”
Abu Ubaidah al-Jarrah
(sahabat Rasulullah SAW) telah mengimami sautu solat berjemaah. Sebaik sahaja
beliau selesai solat, beliau segera berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari
orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”