Nov 16, 2015

Puting Beliung (Taufan)

Puting beliung (atau secara mudah disebut "tiupan angin amat kuat"), atau taufan adalah salah satu fenomena yang Allah SWT wujudkan yang mempunyai tujuannnya yang tersendiri dan sebagai peringatan kepada makhluk manusia dan jin.








Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., "Hembusan angin adalah rahmat Allah, adakala mendatangkan rahmat dan adakala mendatangkan seksa. Apabila kamu mengalaminya, janganlah kamu memakinya, tetapi mintalah pada Allah kebaikan angin tersebut dan berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya."

(Hadis di riwayatkan oleh Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Majah)

 Berikut adalah doa ketika mengalami ribut taufan (puting beliung):

اللّهُـمَّ إِنَّـي أَسْـأَلُـكَ خَيْـرَها، وَخَيْـرَ ما فيهـا، وَخَيْـرَ ما اُرْسِلَـتْ بِه، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّها، وَشَـرِّ ما فيهـا، وَشَـرِّ ما اُرْسِلَـتْ بِه.


Nov 12, 2015

Banjir Lumpur di Kilometer 52.5 Jalan Lentang - Bukit Tinggi, 11 November 2015

Berlaku kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.5 Jalan Lentang - Bukit Tinggi sekitar jam 7.04 malam, 11 November 2015. Jalan lama Karak (jalan lama Kuala Lumpur-Bentong melalui Genting Sempah) turut tidak boleh digunakan. Kejadian berpunca daripada taburan hujan melebihi paras biasa yang turun sejak jam 6 petang menyebabkan berlaku kejadian tanah lembik dan akhirnya runtuh. Lumpur dan kayu telah hanyut dibawa air daripada arah kawasan bukit sebelum turun hingga ke jalan raya. Serpihan kayu balak dan pasir telah menyebabkan laluan lebuhraya tersekat Selain itu, 25 penghuni daripada 10 kuarters yang berada di kawasan itu, milik Jabatan Perhutanan Pahang dipindahkan sementara ke masjid berhampiran berikutan sebahagian kawasan penempatan mereka turut terjejas ekoran tanah runtuh. Jambatan yang menghubungkan jalan ke kuarters berkenaan turut terputua. Berikut gambar dan berita daripada pelbagai sumber tentang kejadian tersebut (kredit kepada sumber asal):

Nov 9, 2015

Jerebu oooo Jerebu...

Berikut gambaran alam berjerebu yang dirakamkan di bahagian pulau, Pulau Pinang:

a. Pada akhir Oktober 2015



b. Pada pertengahan Oktober 2015


c. Pada awal November 2015

Nov 8, 2015

Pulau Payar, Kedah

Berikut rakaman sekitar Pulau Payar dan aktiviti pelajar tahun 3, Program Pengurusan Binaan, USM semasa kami ke sana pada 18 Oktober 2015:











Nov 5, 2015

Bubur Asyura

Pada 31 Oktober 2015 (11 Muharam 1437), para penduduk Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan, mengadakan acara gotong royong memasak (mengacau) bubur asyura. Aktiviti bermula sekitar jam 4.30 pagi (mula memanas air di dalam kawah) dan tamat sekitar jam 7.30 malam (mengeluarkan bubur(?) asyura dari kawah dan mengagehkannya). Fuh, lemah longlai sebahagian peserta...