Nov 12, 2015

Banjir Lumpur di Kilometer 52.5 Jalan Lentang - Bukit Tinggi, 11 November 2015

Berlaku kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.5 Jalan Lentang - Bukit Tinggi sekitar jam 7.04 malam, 11 November 2015. Jalan lama Karak (jalan lama Kuala Lumpur-Bentong melalui Genting Sempah) turut tidak boleh digunakan. Kejadian berpunca daripada taburan hujan melebihi paras biasa yang turun sejak jam 6 petang menyebabkan berlaku kejadian tanah lembik dan akhirnya runtuh. Lumpur dan kayu telah hanyut dibawa air daripada arah kawasan bukit sebelum turun hingga ke jalan raya. Serpihan kayu balak dan pasir telah menyebabkan laluan lebuhraya tersekat Selain itu, 25 penghuni daripada 10 kuarters yang berada di kawasan itu, milik Jabatan Perhutanan Pahang dipindahkan sementara ke masjid berhampiran berikutan sebahagian kawasan penempatan mereka turut terjejas ekoran tanah runtuh. Jambatan yang menghubungkan jalan ke kuarters berkenaan turut terputua. Berikut gambar dan berita daripada pelbagai sumber tentang kejadian tersebut (kredit kepada sumber asal):

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.