Nov 7, 2019

Pembunuhan Di Masjid Al Furqan, Kg Air Tempayan, Thailand 8 Jun 2009


Wilayah Thailand : Jemaah dibunuh ketika sedang solat. Tragedi pembunuhan di Masjid Al-Furqan Narathiwat berlaku pada Isnin 8 Jun 2009 jam 8.00 malam .10 jemaah masjid terbunuh ketika menunaikan solat Isyak manakala seorang lagi di hospital manakala 12 lagi yang cedera masih dirawat di hospital. Masjid kecil itu terletak di Kampung Air Tempayan, daerah Cha-airong, Narathiwat. Terdapat 24 orang dalam Masjid Al-Furqan . Kebanyakannya orang tua yang menunaikan solat Isya dengan disertai oleh sebuah kumpulan tabligh dari kampung berhampiran.Tiba-tiba ada dua orang bertopeng yang masuk dari jalan belakang berhampiran kebun getah dan menembak rambang. Seramai 22 orang terkena tembakan.
Umat Islam di zalimi dan di bunuh. Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Allahummaghfirlahum
Warhamhum
Wa 'afihum
Wa' fu anhum
Rujukan
  1. ^ Usaha Cari Pendamaian Di Selatan Thailand Masih Sukar
  2. ^ Umat Islam Thai Mahu Tindakan Tegas Ke Atas Lelaki Bersenjata
  3. ^ Seorang Sami Ditembak Mati Di Yala
  4. ^ Pemberontak Akan Heret PBB Campur Tangan Dalam Konflik Selatan Thai - Gabenor
  5. ^ Panglima Tentera Thai Nafi Jadi Dalang Pembunuhan Di Masjid
  6. ^ Enam lagi terbunuh di Selatan Thai





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.