Aug 12, 2024

Kembara Pahang Julai 2024: Sambil Menyelam Minum Air

Semasa dalam perjalanan menuju destinasi Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah di Gambang, Kuantan, Pahang, saya mengambil peluang menziarahi sanak saudara sahabat handai. Pada tengahari 16 Julai 2027, saya singgah di rumah Raja Azmi, kawan semasa di Sekolah Menengan Teknik Kuantan dahulu, di rumahnya di Kampung Temin, Jerantut
Petang tu juga saya singgah rumah Rosliza Razali, anak saudara, di Taman Indera Sempurna, Kuantan
Pada petang 18 Julai 2024, sempat pula singgah ziarah sahabat lama rakan sekuliah semasa di UITM Shah Alam, iaitu Zalizan Zakaria, di Jalan Bukit Setongkol, Kuantan
Pada 19 Julai 2024, singgah bermalam di rumah abang saya, Razali Hussin di Jengka 22, Pahang
Pada pagi 20 Julai 2024, saya singgah ziarah besan saya, Ramli, di Jengka 24, yang kurang sihat
Selepas solat jamak zohor-asar 20 Julai 2024 di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, bandar Jerantut, saya dijemput makan tengahari di restoran berhadapan masjid tersebut, oleh Raja Azmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.