Aug 29, 2024

Pengalaman "TAK SERONOK" Di Lanun Homestay Kluang, Johor

Rentetan pengalaman saya:

Pada 6 Ogos 2024, saya booked Lanun Homestay ini atas 3 sebab: Pertama dekat masjid (walking distance) kedua kerana dekat dengan tempat saya akan bertugas (di Penjara Kluang) dan ketiga, homestay ini kepunyaan orang Melayu

Kemudian pada 19 Ogos 2024 saya berangkat ke sana, tapi singgah di Gombak terlebih dahulu


Selepas itu, pada pagi 20 Ogos 2024 saya bergerak ke homestay ini. Setelah tiba, bermulalah siri adegan yang tak seronok: Air botol tak ada, sejadah tak ada set buat air (cawan, teh/kopi) dan sudu tak ada



Rentetan berikutnya, saya keluar ke kedai runcit yang terletak sekitar 1 km daripada homestay untuk beli makanan, air botol, sabun, syampo,tapi baru saya perasan anak kunci mangga dan kunci tombol tak ada . Saya pergi juga ke kedai dengan pintu bilik saya TAK BERKUNCI, dan kemudian bergegas balik ke homestay



Ini air botol yang saya beli. Cawan tu yang dia orang datang hantar





Kemudian seorang budak perempuan umor sekitar 14 tahun datang serah mangga pintu bersama anak kuncinya






Malangnya mangga yang diberi TERLALU BESAR dan tak muat untuk dimasukkan de dalam lubang selak

Hanya ini yang ada. Cerek. Tapi air minum, cawan dan sudu serta bahan buat air (kopi/teh) tak ada


Kemudian saya nak pergi masjid, namun apabila buka jer pintu nak keluar, keadaan amat gelap!!! Tak ada lampu yang dipasang di koridor dan lain-lain





Kemudian seorang wanita umor sekitar 40an datang dengan kereta menyerahkan sejadah, 3 cawan (yang agak berkarat) dan satu sudu plastik. Dia pergi bukakan lampu-lampu di koridor dan sekitar homestay. Masa tu dah hampir pukul 8 malam


Balik daripada masjid, saya buka tv, tapi tak berfungsi

Oh ya....di tepi bilik mandi homestay ni ada suiz untuk waterheater (rasanya laaa), tapi water heater bilik mandi TAK ADA
Tak ada pun waterheater...
Cermin muka untuk halehwal tandas (bercukur dll) pun tak ada. Malah sabun mandi, syampu pun tak ada

Jam dinding ada disediakan, tapi TAK BERFUNGSI



 Saya check-out pagi 22 Ogos 2024. NOTA: Selama saya tinggal di sini, tiga hari dua malam, TAK ADA penghuni lain yang mendudukan 3 lagi bilik. Saya seorang jer tinggal di situ


Itulah kenagan TAK SERONOK saya di Lanun Homestay Kluang...Dan akhirnya setelah saya bayar wang harga bilik RM290, resit tidak dikleluarkan (lagi) sehinggalah malamnya setelah dua kali minta, baru laaaa saya dapat resit)


 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.