Pada jumaat 11 September 2015, pihak Nagoya City University mengunjungi Pusat Pengajian Perumahan, Banguna Dan Perancangan, USM, Pulau Pinang, dan telah mengadakan perbincangan ke arah mewujudkan Perjanjian Kerjasama diantara dua institusi.
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Sep 13, 2015
HEBAT SANGATKAH DIRIKU? HEBATKAH DIRIMU?
MUHASABAH UNTUK DIRI SAYA SENDIRI, DAN INGIN
SAYA KONGSIKAN DENGAN SEMUA SAHABAT DIKASIHI
Sifat Ujub
dan Senarionya
Ujub adalah sikap merasa kagum dan hebat yang luar
biasa serta terpesona kepada diri sendiri, serta rasa hebat diri, dan kita
memiliki kelebihan dan kehebatan melebihi orang lain tanpa bersandarkan bahawa
semuanya itu adalah atas kurniaan Allah SWT. Dalam hal ini Imam al-Ghazali ada
menyatakan bahawa, "Perasaan ujub
adalah kecintaan seseorang pada suatu kurniaan dan merasa memilikinya sendiri,
tanpa mengembalikan keutamaannya kepada Allah." Manakala
Sufyan
at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada diri sendiri sehingga dia
merasa bahawa dia lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya berbanding orang lain.
Dalam sebuah hadis, ada Rasulullah
SAW menyebut, “Tiga hal yang membawa pada jurang kebinasaan: (1) tamak lagi
kikir, (2) mengikuti hawa nafsu (yang selalu mengajak pada kejahatan), dan ujub
(takjub pada diri sendiri).” (Hadis riwayat Abdur Razaq, Al-Bazzar dan
Al-Baihaqi)
Perasaan ujub boleh timbul
dari dalam sendiri atau setelah dipuji dan dipuja oleh orang lain. Perasaan
ujub boleh datang semasa kita berseorangan dan juga semasa berada bersama-sama
orang lain. Misalan-misalan situasi yang
boleh menwujudkan rasa ujud adalah seperti berikut:
Orang
yang berpelajaran dengan pelbagai ijazah digengami, merasa kagum tentang
kehebatannya.
Orang
yang kerap menghulurkan sedekah dan derma, merasa kagum dengan sedekah dan
dermanya.
Orang
yang kerap melakukan ibadat berjemaah merasa kagum dengan ibadatnya.
Orang
yang rupawan atau hensem, merasa kagum dengan rupa parasnya.
Orang
yang kaya raya serta berjawatan tinggi, merasa kagum dan hebat dengan kekayaan
dan jawatannya.
Imam Nawawi rahimahullah
berkata, ”Ketahuilah bahwa keikhlasan
niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya
sendiri maka akan terhapus amalnya".
Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila seorang lelaki sedang
berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia
rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah
tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari
kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman, “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah
dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu
berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan
orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang
jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang
kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur
dan membangga-banggakan diri” (Surah An-Nisaa' 4:36) |
Cara
Menghilangkan Atau Mengubat Ujub
Diantara cara untuk menghilangkan atau menentang atau menghalang sifat dan penjelmaan ujud, adalah seperti berikut:
1. Seperti
diperingatkan oleh Allah SWT,
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan,
maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan
yang serupa).” (Surah An-Nisa’: 86)
2. Istighfar
(meminta ampun) dan taubat sebanyak-banyaknya kepada Alla SWT.
3. Sentiasa
bermuhasabah diri dan mengingati bahawa diri kita adalah kepunyaan Allah SWT
dan kepada-Nya kita akan kembali.
Dalam memuhasabah
diri, cuba kita renungi apa yang diluahkan oleh Muthrif rahimahullah: “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun
dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa
kagum dengan amalan tahajud tadi.”
Abu Ubaidah al-Jarrah
(sahabat Rasulullah SAW) telah mengimami sautu solat berjemaah. Sebaik sahaja
beliau selesai solat, beliau segera berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari
orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”
Sep 7, 2015
Dato' Arifin Said Kembali Ke Rahmatullah
Dato' Arifin Said (yang lebih selesa dipanggil "Abe Fin") adalah bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan pada akhir 1970an, yang sebelum itu adalah Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang pertama, dan sebelum itu lagi adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Sekitar tahun 1990an beliau menjawat jawatan Pengerusi KESEDAR. Saya berpengalaman berkhidmat di bawah beliau semasa saya menjadi Pegawai Undang-undang KESEDAR. Beliau seorang yang tegas, dan begitu juga saya. Pada peringkat permulaan, beliau "kurang meminati" saya. Namun setelah bersemuka dan mengenali hati budi dan prinsip masing-masing, kami menjadi pasangan yang akrab. Banyak kali juga beliau meluahkan kisah dan perkara peribadinya kepada saya, dan ada beberapa kali beliau "secara tidak langsung, menyelamatkan saya daripada perangkap tertentu". Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi Syarikat Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) dimana saya menjawat jawatan Penasihat Undang-undangnya.
Saya kerap juga menyediakan Kertas Lembaga Pengarah KPSB dan Lembaga KESEDAR. Kerap saya diberitahu, apabila beliau meyemak kertas-kertas Lembaga dan Lembaga Pengarah, beliau secara spontan akan berkata, "Hah, yang ini mesti Aziz yang buat..." dan ada juga beliau berkata, "Aziz ni banyak jugak buat kertas Lembaga"
Setelah saya meninggalkan KESEDAR awal tahun 1999, hubungan kami telah terputus (tanpa disedari). Ada sekali saya pernah singgah di rumahnya, cuma seseorang memberitahu, "Dato' tidor.."
Pada 22 Ogos 2015, beberapa sahabat lama mengirimkan gambar mereka menziarahi Dato' Arifin yang uzur, di Hospital. Disusuli pula lawatan para sahabat pada 29 Ogos 2015 di Hospital Raja Perempuan Zainab (RPZ), Kota Bharu.
Sekitar jam 4.30 pagi, 4 September 2015 (jumaat), Dato' Arifin menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab (RPZ), Kota Bharu...
Jenazah beliau dikebumikan selepas solat jumaat, di Perkuburan Kubur Lada, Wakaf Bharu, Kelantan.
Saya memaafkan dan menghalalkan Dato', atas segalanya. Terima kasih atas segala bantuan, tunjuk ajar dan tindakan Dato' yang menyokong saya. Semoga Allah memberkati usaha murni Dato'...dan Dato' ditempatkan bersama-sama orang-orang yang diredho'i Allah SWT....
Di bawah ini gambar kenangan satu Majlis Perasmian yang dihadiri oleh Dato Arifin bersama pegawai-pegawai KESEDAR

Sep 4, 2015
Pelajar Sarjana Mula Mendaftar
Hari ini, seramai 33 pelajar Sarjana Sains Pengurusan Projek mula mendaftar di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Kampus Induk USM, Pulau Pinang. Berikut rakaman lensa sesi taklimat oleh Dr Ernawati dengan para pelajar tersebut. Nota: Beberapa orang lagi pelajar baru akan menyusul.
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENIMBA ILMU DALAM "MAJLIS ILMU." SEMOGA ANDA MENDAPAT "ILMU YANG BERMANFAAT."
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENIMBA ILMU DALAM "MAJLIS ILMU." SEMOGA ANDA MENDAPAT "ILMU YANG BERMANFAAT."
Aug 14, 2015
Murid saya, Prince...
Seorang murid PhD saya, Prince Oluleye Akanni, dari Nigeria, mengirimkan gambar keluarganya di Nigeria...
Keluarga yang bahagia, kannnnnn....
Pada 30 April 2016, beliau menghadiri Majlis Konvokesyen, dan menerima skrol PhDnya. Beliau ditemani isterinya, TAHNIAH.
Keluarga yang bahagia, kannnnnn....
Pada 30 April 2016, beliau menghadiri Majlis Konvokesyen, dan menerima skrol PhDnya. Beliau ditemani isterinya, TAHNIAH.
Aug 11, 2015
Bertemu Kembali Sahabat Lama: Saudara Hassan Daud
Pada petang sabtu 8 Ogos 2015, saya dan ahli keluarga berkunjung ke rumah sdra Hassan Daud di Taman Desa Gemilang, Sg. Pusu, Gomabk, Selangor. Saya dan sdra Hassan (dahulu semasa di KESEDAR, jawatan terakhirnya adalah Pnbgurus Bahagian Kewangan) sudah hampir 20 tahun tidak bersua... Alhamdulillah dapat kami sekeluarga menyambung kembali ikatan persahabatan dua kelaurga...
Aug 3, 2015
Majlis Tahlil dan Kesyukuran
Pada sabtu 1 Ogos 2015, kami dan ahli keluarga mengadakan Majlis Tahlil dan Kesyukuran. Ahli keluarga (dua ibu tiri dan adik-adik saya serta anak-anak saudara) serta sahabat handai datang memeriahkan majlis. Alhamdulillah...
Subscribe to:
Posts (Atom)