Oct 19, 2011

Silat Tari Kenduri Kahwin

Berikut adalah rakaman silat tari kenduri kahwin anak buah di Kg. Semadong, Kangar, Perlis, dalam tahun 2010:


Acara Perasmian Seminar di Manado, Indonesia

Semasa saya menghadiri International Conference on Coastal Planning, Architecture and Tourism, di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia, pada 28-29 October 2009, para peserta dihidangkan dengan persembahan tarian wira etnik tempatan pada akhir sesi perasmiannya:

Seronoknyer keharmonian di kampung....

Pada jumaat 14 Oktober 2011, saya berkesempatan singgah di kampung Chenulang, Kuala Krai, Kelantan. Kebetulan terjumpalah dengan mereka nie.... Cuba perhatikan karekter mereka yang ceria dan peramah...

Teringat la pulak lagu "Dendang Anak Tani" nyanyian A. Ramlie...

Sebenarnya, ada diantara mereka ini adalah ANAK YATIM...

Lawatan ke selatan Thailand

Pertengahan tahun 1998, saya mengetuai satu rombongan kecil 6 penjawat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) melakukan lawatan rasmi ke selatan Thailand. Pada waktu tersebut, pembangunan prasarana berkaitan Islam, walaupun agak terkebelakang berbanding di Malaysia, namun daripada aspek budaya, ia banyak nostalgia sejarahnya.




















Berkongsi Ilmu 27: Kursus Tatatertib UMT

Pada 12 Oktober 2011, bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, Terengganu, saya memberikan Taklimat Pengurusan Tatatertib kepada pelbagai kategori staf UMT. Ia melibatkan lebih 100 orang staf/penjawat UMT. Alhamdulillah...ia dapat disempurnakan dengan baik. Pada 13 Oktober 2011 pula, bertempat di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, Terengganu, saya memberikan Ceramah Pengurusan Tatatertib kepada kumpulan penjawat kanan UMT, melibatkan lebih 40 orang. Alhamdulillah...ia dapat disempurnakan dengan baik, dan sesi perbincangan berjalan dengan aktif dan mendapat respon yang baik dan positif daripada ramai staf/penjawat UMT.







Di bawah ni pula, Kualer Terengganu kiter...Dah membangung (ops, membangun). Jalang (ops, jalan) pong sibuk belaker... Bangunang pong lawo-lawo.... ops.....Jangan maraaaah....



Oct 6, 2011

Berkongsi Ilmu 26: Retreat Tatatertib MPOB 2


Pada 21-22 September 2011, bertempat di Dewan Sawit, Ibu Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bangi, Selangor Darul Ehsan, saya menjalankan ceramah/kursus "retreat" Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Siri 2, untuk pegawai-pegawai kanan MPOB. Sambutan amat baik dan banyak perbincangan berlaku, dan mereka ini semuanya ramah, rajin berbincang, bekerjasama dan rapat antara satu sama lain. Alhamdulillah...








Oct 3, 2011

Kelebihan MADINAH

Debu Tanah Madinah Mengubat Penyakit

Satu-satunya tanah yang Baginda Rasulullah s.a.w. sahkan boleh digunakan untuk mengubat penyakit dengan izin Allah S.W.T. ialah tanah di kawasan Tanah Haram Madinah.

Bermaksud:
“Dari `Aisyah r.a. bahawa Baginda Nabi s.a.w. bersabda kepada orang sakit: `Dengan nama Allah, debu tanah kita (yang dicampur) dengan air liur setengah daripada kita menyembuhkan dari penyakit kita dengan izin Allah.”
(Riwayat Bukhari)

Pernah diceritakan oleh al-Zurqani bahawa sewaktu Baginda Rasulullah s.a.w. menziarahi orang-orang dari Bani Harith yang tinggal berhampiran suatu tempat bernama Syu`ib.  Mereka mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa mereka mengidap demam.  Lalu Rasulullah s.a.w. mengajarkan mereka supaya mengambil debu tanah kawasan Syu`ib, memasukkannya ke dalam air, kemudian meludah air tanah itu dengan air liur dan membaca doa berikut:

Bermaksud:
“Dengan nama Allah debu tanah yang kita campur dengan air liur kita adalah sebagai penyembuh penyakit dengan izin Allah.”

Imam Nawawi juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah membaca doa tersebut sambil membasahkan jarinya dengan air liurnya dan melekatkan debu tanah Madinah.  Baginda kemudiannya menyapukan debu itu ke tempat lukanya.


Keistimewaan Meninggal Dunia Di Madinah

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam hadithnya, seperti berikut:

Bermaksud:
“Dari Ibn `Umar r.a. bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: `Sesiapa berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah hendaklah dia meninggal dunia di sana, kerana aku akan memberi syafa’at bagi pihak setiap orang yang meninggal dunia di situ.”
(Riwayat Al-Tirmizi)

Pernah diriwayatkan bahawa Saiyidina `Umar al-Khattab r.a. pernah berdoa agar baginda meninggal dunia di Madinah, dengan doa seperti yang berikut:

Bermaksud:
“Ya Allah, kurniakanlah aku mati syahid di jalan-Mu dan jadikanlah kematian yang menimpa aku itu semasa aku berada di Kota Rasul-Mu (Kota Madinah).”

Dan sebagaimana yang kita tahu, sememangnya doa Saiyidina `Umar r.a. ini dimakbulkan Allah S.W.T di mana beliau meninggal dunia di Madinah.


Kota Yang Dikawal Malaikat

Madinah merupakan salah satu dari dua kota suci Islam yang dikawal  para malaikat sepanjang masa.  Kawalan yang dibuat itu ialah bagi menghindari penyakit taun dan serangan Dajjal.  Seperti yang kita tahu bahawa di akhir zaman kelak, Dajjal akan muncul di setiap kota dan desa.  Namun begitu Madinah dan Mekah tidak dapat dimasuki Dajjal kerana ia dikawal oleh para makaikat yang diutus Allah S.W.T. bagi tujuan tersebut.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari menyebut Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Dajjal akan muncul di setiap kota melainkan Madinah dan Makkah.  Dia tidak dapat masuk kerana Malaikat a.s. akan melindungi kedua-dua kota itu.

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud:
“Di lorong-lorong jalan Madinah banyak malaikat yang mengawalnya untuk mencegah penyakit taun dan Dajjal supaya tidak masuk ke dalamnya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Bukhari menceritakan bahawa Abu Bakrah bercerita yang Nabi s.a.w. bersabda bahawa Dajjal tidak masuk Madinah kerana pada masa itu terdapat tujuh pintu di Madinah yang mana setiap pintu itu dikawal oleh dua malaikat.

Tentang kawalan taun pula, sebuah hadith daripada Al-Bukhari meriwayatkan bahawa `Abdullah bin `Umar r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bermimpi mengenai Madinah.  Baginda kemudiannya bersabda yang bermaksud:

                `Aku melihat seorang perempuan kulit hitam dengan rambut kusut masai keluar dari Madinah dan dia singgah di Mahyaah.  Aku mentafsirkannya sebagai taun Madinah yang telah dipindahkan ke Mahyaah iaitu Juhfa’.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di atas adalah sedutan daripada buku,  Abdul Aziz Hussin. 1997. Nostalgia Masjid Nabawi. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), m.s. 4-7.





 Berikut 3 gambar sekitar Madinah (kredit kepada pemunya asal gambar)




Membazir

Sekitar jam 1.28 petang, 24 September 2011, seorang wanita pembaca Berita 1.30 TV3 ada menyebut, antara lain, “Banyak lagi rumah terbuka, tetapi elakkan pembaziran”.

Perkataan “membazir” menurut kamus Dewan bermaksud, “berlebih-lebihan menggunakan (membeli) sesuatu sehingga ada yang terbuang dengan sia-sia”, “membazirkan menggunakan sesuatu dengan berlebih-lebihan sehingga terbuang, memboroskan, membuang-buang”, “pembaziran perbuatan atau hal membazirkan (wang, tenaga dsb)“

Cuba lihat contoh-contoh daripada ungkapan-ungkapan berikut:

Jom la kita pulang, membazir masa jer mendengar ucapan beliau

Eh eh… kenapa kamu ambil makanan berlebih-lebihan. Saya yakin kamu tak akan dapat menghabiskannya. Membazirkan makanan la kamu ni

Kenapa kamu tempah pakaian terlalu banyak, berlebihan? Siapa yang nak pakai? Kamu telah membazirkan pakaian dan wang ringgit

Matikan la enjin kereta tu.. . Membazirkan minyak dan duit jer

Kamu tau tak, kalau tidur berlebihan, membazir faedah umur sahaja

Tak usah la teruskan usaha itu, sebab tiada apa yang bermanfaat yang diperolehi. Membazirkan usaha kita….”

Tutuplah sebahagian lampu-lampu di dalam bilik itu. Membazirkan elektrik dan bil elektrik sahaja

Paip air yang pecah itu masih belum dibaiki. Banyak air yang membazir…”

Kaedah melaksanakan kerja-kerja ini nampaknya banyak membazirkan tenaga kerja, bahan binaan dan kewangan

Banyak juga lagi contoh membazir, misalnya,

Pertama: Katakan sebuah organisasi diperuntukkan RM10,000 untuk satu acara rasmi tahunan bagi 1000 tetamu. Dicadangkan kosnya RM10 untuk setiap tetamu (kos purata untuk makanan RM6/orang, tempahan tempat dan aktiviti berkaitan majlis tersebut). Namun pihak yang diamanahkan menyediakan makanan dan yang menempah makanan telah berpakat iaitu mereka menyediakan untuk 900 orang tetamu sahaja. Jadi organisasi tersebut “membazirkan” kos akibat kurangan 100 orang tetamu akibat sifat “pecah amanah”. Ini juga sejenis pembaziran.

Kedua: Dalam majlis tetentu, makanan yang disediakan amat berlebihan (kuantiti, jenis)sehingga banyak yang dibuang selepas majlis berakhir. Ini merupakan pembaziran yang amat ketara.

Ketiga: Kita kerap bertemu tetamu yang hadir disesuatu Jamuna telah mengambil makanan yang berlebihan, dan Cuma memakannya sebahagian, dan yang lain ditinggalkan. Bukankah ini juga “membazir”?

Menurut Iman As-Shafi’i, boros atau membazir ialah mengeluarkan atau membelanjakan harta tidak kena pada tempatnya. Imam Malik pula berpendapat bahawa membazir ialah mendapatkan harta daripada sumber yang benar, yang diharuskan oleh Allah tetapi membelanjakannya tidak pada jalan yang diredai oleh Allah.

“Pembaziran” juga dilebarkan pengertiannya dan skopnya oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T.ada berfirman, antaranya,

Tiada lain yang mereka mengatakan kecuali ucapan mereka, "Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya" (3:147).

Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu melihat mereka berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka telah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik. Apabila kamu menyerahkan kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah menjadi penghitung (harta anak yatim) (4:6).

Dia yang menumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buahan mereka apabila mereka berbuah, dan berilah yang patut diberi pada hari memetiknya, dan janganlah membazir; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir (makan, memberi) (6:141)

Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir.(perhiasan, makan, minum)( 7:31).

Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya (17:27)

Yang, apabila mereka menafkahkan (membelanjakan) tidak membazir, dan tidak juga kikir, tetapi di antara yang demikian itu, dengan satu pendirian yang saksama (nafkah) (25:67).

Dan janganlah mentaati perintah orang-orang yang membazir (berlebihan) (26:151)
Yang membuat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan(26:152)

Oct 2, 2011

Asam Pedas Ikan Jelawat

Seekor ikan jelawat (sekitar setengah kilogram). Bersihkan. Ingat yer, pastikan dibuang pundi hempedunya (kalau tersilap dan hempedu tu pecah atau tak dibuang, alamat masakan asam pedas ni kena buang la, sebab pahit. Tak perlu dibuang sisiknya, sebab ia boleh dimakan dan sedap rasanya). Ikan tadi dipotong tiga atau empat kerat.

Bahan-bahan:
4 ulas bawang merah
1 sm kunyit (digiling halus)
20 biji cili merah (eloknya cili padi merah)(digiling halus)
10 biji cili kering (digiling halus)
1 bunga kantan
1 camca minyak makan
(Nota: Semua bahan di atas ditumis hingga harum)
Segenggam (sekitar 10 pokok) daun kesum
2 keping asam gelugor
1 camca besar garam
1 camca besar gula

Caranya:
Bawang merah, cili dan kunyit dikisar lumat. Masukkan ke dalam periuk, tambah air sekitar 2 cawan. Masukkan ikan, kesum, kantan, asam gelugor, gula, garam, bunga kantan. Biarkan mendidih. Angkat, dannnnnnnn, ngap ngan nasi panas (dan telor goreng, ulaman)

Eikk...mana lagi 2 potong??? Ngilat la tu.... Tapi yang sedap adalah bahagian kepalanya.


Di bawah ini pula adalah gambar asam pedas kepala ikan tenggiri