Menurut Wikipedia (2012)(http://ms.wikipedia.org/wiki/Labah-labah), labah-labah merupakan haiwan invertebrat pemangsa yang menghasilkan sutera, dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap. Labah-labah dikelaskan dalam susunan Araneae, satu daripada beberapa susunan dalam kelas araknid yang lebih besar, kumpulan yang turut mengandungi kala jengking, tungau, sengkenit, dan falangid. Kebanyakan labah-labah memburu dengan membina sarang labah-labah untuk memerangkap serangga. Sarang ini diperbuat daripada sutera labah-labah, seutas benang protein yang halus dan kukuh yang dihasilkan oleh labah-labah daripada spineret yang pada kebiasaannya terdapat pada hujung abdomen. Membandingkan dari segi berat, sutera labah-labah adalah lima kali lebih kuat berbanding besi keluli. Kesemua labah-labah menghasilkan sutera, walaupun tidak kesemua menggunakannya bagi menganyam perangkap yang rapi. Benang sutera digunakan bagi memanjat, membentuk alas dinding licin bagi sarang dalam tanah, membina kantung telur, membalut mangsa, menyimpan sementara sperma dan banyak lagi kegunaan yang lain.Labah-labah telah pun wujud di dunia semenjak 110 juta tahun dahulu, hasil daripada jumpaan fossil labah-labah di dalam batu amber di Sepanyol, contoh fossil sarang labah-labah tertua pernah dijumpai. Di dalamnya terdapat 26 utas sutera labah-labah, kebanyakanya bercantum. Termasuk mangsa labah-labah seperti lalat, langau, kumbang, dan penyengat.
Daripada perspektif Islam, terdapat satu Surah yang dinamakan dengan “Labah-labah” (Al-Ankabut), dimana ayat 41 Surah ini ada membuat perumpamaan yang berkaitan dengan labah-labah:
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاء كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Perumpamaan bagi orang-orang yang menjadikan benda-benda yang selain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharap pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya), padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling lemah ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.”
NOTA:
Pada jumaat 16 Mac 2012, saya solat jumaat di Masjid Batu Uban, Pulau Pinang. Kebetulan khatib yang membaca khutbah (masih muda, tetapi bertenaga, jelas dan mahir, dan saya percaya tinggi ilmunya), telah mengutarakan perbincangan berkaitan "kekayaan". Diantara yang dirujuk adalah ayat 41, surah Al-Ankabut. Maka diutarakan, antaranya, bagaimana manusia yang kaya harta (tetapi masih terus membina kota "harta") tetapi rapuh kota kebajikannya, arah akhiratnya, kemanusiaaannya, hubungan dan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan masyarakatnya, dan lain-lain, yang akhirnya menjadi "miskin" dalam perkara-perkara tersebut, seperti rapuhnya sarang labah-labah diterobosi burung dan dahan pokok...
Semoga kita dijauhi Allah daripada sifat-sifat tersebut. InsyaAllah...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.