Mar 16, 2012

Nelayan Solo

Gambar di bawah saya rakamkan pada sekitar jam 6.50 pagi, 5 Mac 2012, di telok Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan


Daripada pemerhatian saya, daripada sekitar lebih 30 bot nelayan yang keluar dari telok ini menuju ke laut lepas (mereka daripada kumpulan nelayan pantai), hanya 3 bot sahaja yang mempunyai 2 orang di dalamnya. Bot-bot lain hanya terdapat seorang sahaja nelayan. Bot-bot ini pulang ke pengkalan sekitar antara jam 11 pagi-3 petang.

Terdedik hati saya, "Kenapa kebanyakan nelayan ini berseorangan ke laut? Kalu berlaku sesuatu masaalah, keperluan, sakit dan sebagainya, bagaimana dia akan dapat dibantu? Kalau berdua, sekurang-kurangnya seorang lagi dapat membantu...Lagipun, jika berdua, maka mudahlah lagi kerja menangkap ikan..."

Semasa menonton siri "BERSAMAMU" TV3 pada 14 Mac 2012, kebetulan yang ditemubual adalah juga seorang nelayan. Kebetulan, salah satu soalan yang pemberita kemukakan ialah: Kenapa berseorangan turun ke laut? Nelayan tadi menjawab, antaranya, kalau seorang, maka hasilnya tak perlu dibahagi. Misalnya jika dapat RM40, maka RM40 la yang saya dapat. Jika berdua, maka hasil tadi perlu dibahagi dua.

Maka terjawablah persoalan yang saya bangkitkan di atas.... Begitulah mereka menghitungkan setiap titis hasil keringat mereka... Bagaimana kita? Bukannya bermaksud untuk menjadi seorang yang bakhil, tetapi adakah kita memberikan nilai penuh makna kepada setiap ringgit yang kita dapat? Bagaimana pula kita memberikan nilai penuh makna kepada setiap ringgit yang kita belanjakan?

Dengarkan lagu nyanyian Kembara, berjodol "Impian Seorang Nelayan" ini...

 video

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.