Mar 31, 2011

Contract and the Standard Format

Types of construction contract

Standard formats

Why do we need Standard Formats?

Disadvantages

Applying the Concept of "reasonableness"






Bawang sebagai ubat


Bawang merah (shallot) (allium cepa) dan bawang besar (onion) (allium fistulosum) boleh digunakan sebagai ubat bagi beberapa jenis sakit/penyakit.
Pertama, jika gusi menjadi gatal, bengkak, maka caranya ialah: Tumbuk sebiji bawang (seeloknya bawang merah). Masukkan ke dalam mulut, dan kemam sekitar 15 minit. Kemudian bawang tadi ditelan. InsyaAllah boleh melegakan/menyembuhkan sakit.
Kedua, jika di celah jari kaki atau tangan membengkak, maka caranya: Ambil sebiji bawang, dipotong hujungnya, dan picit supaya keluar airnya. Kemudian air bawang tadi disapukan pada tempat bengkak tadi. InsyaAllah boleh melegakan/menyembuhkan bengkak tadi.
Ketiga, jika bisul kecil tumbuh, sapukan air bawang (yang diambil daripada bawang yang dipotong hujung atau pangkalnya) pada bahagian bisul dan sekelilingnya.


Nota:
Kapten James Cook, ahli pelayaran Inggeris abad ke-18 pernah mengarahkan kelasi-kelasinya memakan bawang, apabila mendapati kelasi-kelasinya mendapat sakit bengkak gusi (akibat banyak memakan daging kering). Dia menulis dalan log pelayarannya bahawa beberapa hari kemudian penyakit tadi sembuh. Kejadian berlaku semasa kapal mereka sesat dan hanyut di Selat Cook, New Zealand.
Beberapa kelompok penduduk Amerika dan China pernah menggunakan bawang untuk mengubati selsema, batuk, infeksi bakteria, perut kembung, dan masaalah pernafasan berbau busuk. Mereka juga menggunakan bawang sebagai antiseptik dan untuk menghalau serangga (semburan cecair bawang).

Ingat yer, mengubat menggunakan bawang cuma salah satu ikhtiar kita sahaja. Jadi, sebelum mengubati sakit-sakit tu, berdoalah semoga Allah (swt) menyembuhkannya.

Mar 30, 2011

Sambal Jantan

30 biji cili padi (seeloknya cili kampung)
5 biji cili besar(yang berwarna merah)(buang bijinya)
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
3 ulas bawang putih
3 biji limau kasturi

Cara:
Tumbuk cili-cili bersama garam, gula dan bawang putih, sehingga separuh hancur. Keluarkan, dan masukkan ke dalam mangkuk (nak masukkan ke dalam baldi pun boleh...). Kemudan perah limau kasturi di atasnya dan gaul rata (sebati). Nak cuba? uap satu sudu ke dalam mulut... Ehem....
Nak tanya sikit: Kenapa dipanggil "sambal jantan"?



Penyeliaan

"Penyeliaan" adalah salah satu elemen/ciri pengurusan

Singgang Ikan

1 kg ikan tongkol (juga dikenali sebagai ikan kayu/ikan aya)(boleh juga kalau suka, diganti dengan ikan lain seperti kembung, tenggiri, tamban dll)(tapi jangan la pula diganti ngan ikan buntal, ops!)(Basuh dan toskan)

Bahan-bahan:

1 cawan lengkuas yang sudah dipotong kasar
20 biji bawang putih (dipotong kecil)
4 keping asam gelugor
2 keping gula melaka/gula kabung
Garam secukup rasa


Cara:
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Kemudian masukkan ikan, dan letak di atas dapor dengan api kecil (jangan lagi masukkan air). Tutup periuk sehingga air ikan telah kering. Setelah air ikan sudah kering, masukkan pula 3 gelas air. Biarkan mendidih.

Oitt...! Dah nak hangit tu... angkat la wey....

Mar 29, 2011

Mengendalikan Kursus-kursus/Bengkel-bengkel

Saya pernah dan bersedia untuk mengendalikan kursus/bengkel berikut, sama ada secara dalaman (in-house training), atau melalui Unit Latihan Universiti Sains Malaysia (USM), atau melalui USAINS, atau melalui Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM, atau melalui/anjuran organisasi-organisasi/badan-badan latihan kerajaan, badan berkanun atau swasta:




KURSUS KETERAMPILAN PENTADBIR & PENTADBIRAN
(COURSE ON SAVOIR FAIRE FOR ADMINISTRATOR & ADMINISTARTION)


KURSUS/BENGKEL
PENGURUSAN MESYUARAT


KURSUS/BENGKEL
PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN
(Laws in management)

 
KURSUS/BENGKEL PENGURUSAN PROJEK


KURSUS/BENGKEL
PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF DALAM PROJEK PEMBINAAN MELALUI TIMBANG TARA


KURSUS/BENGKEL TATATERTIB
UNTUK BADAN BERKANUN 


KURSUS/BENGKEL PENYELIAAN DAN KEPIMPINAN


KURSUS AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI



Boleh hubungi saya seperti di alamat dan butiran yang ditunjukkan pada bahagian kanan blog ini.

"BERSAMA BERKONGSI ILMU YANG BERMANFAAT"

Bonds in Construction Project

What is "bond"?
Parties in a bond
Features/Elements of a bond
Types of bonds
Conditional and unconditional & on demand bonds
Claiming bond