Bawang merah (shallot) (allium cepa) dan bawang besar (onion) (allium fistulosum) boleh digunakan sebagai ubat bagi beberapa jenis sakit/penyakit.
Pertama, jika gusi menjadi gatal, bengkak, maka caranya ialah: Tumbuk sebiji bawang (seeloknya bawang merah). Masukkan ke dalam mulut, dan kemam sekitar 15 minit. Kemudian bawang tadi ditelan. InsyaAllah boleh melegakan/menyembuhkan sakit.
Kedua, jika di celah jari kaki atau tangan membengkak, maka caranya: Ambil sebiji bawang, dipotong hujungnya, dan picit supaya keluar airnya. Kemudian air bawang tadi disapukan pada tempat bengkak tadi. InsyaAllah boleh melegakan/menyembuhkan bengkak tadi.
Ketiga, jika bisul kecil tumbuh, sapukan air bawang (yang diambil daripada bawang yang dipotong hujung atau pangkalnya) pada bahagian bisul dan sekelilingnya.
Nota:
Kapten James Cook, ahli pelayaran Inggeris abad ke-18 pernah mengarahkan kelasi-kelasinya memakan bawang, apabila mendapati kelasi-kelasinya mendapat sakit bengkak gusi (akibat banyak memakan daging kering). Dia menulis dalan log pelayarannya bahawa beberapa hari kemudian penyakit tadi sembuh. Kejadian berlaku semasa kapal mereka sesat dan hanyut di Selat Cook, New Zealand.
Beberapa kelompok penduduk Amerika dan China pernah menggunakan bawang untuk mengubati selsema, batuk, infeksi bakteria, perut kembung, dan masaalah pernafasan berbau busuk. Mereka juga menggunakan bawang sebagai antiseptik dan untuk menghalau serangga (semburan cecair bawang).
Ingat yer, mengubat menggunakan bawang cuma salah satu ikhtiar kita sahaja. Jadi, sebelum mengubati sakit-sakit tu, berdoalah semoga Allah (swt) menyembuhkannya.
Ingat yer, mengubat menggunakan bawang cuma salah satu ikhtiar kita sahaja. Jadi, sebelum mengubati sakit-sakit tu, berdoalah semoga Allah (swt) menyembuhkannya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.