Mar 14, 2011

Kelapa Goncang

Kelapa goncang tu, daripada perkataan "coconut shake". Tapi saya tengok dalam kamus, "shake" tu maknanya "goncang". Tapi jangan la pulak "shake the coconut tree", ok? Yang saya nak kongsikan nie, cuma nak buat air minuman.. tu jer.. Berpolemik la pulaaak....

Sebiji kelapa/nyok/nyiur/nyo muda
Setengah botol air minuman aiskrim soda (sekitar 750ml)
Aiskrim (ikut suka sebanyak mana)(seeloknya berperisa vanila)

Ambil air/ai/ayaq/ayo kelapa bersama isinya (kena belah la dulu kelapa tu...). Kisar lumat. Masukkan ke dalam bekas, dan campurkan air aiskrim soda. Semasa dihidangkan dalam gelas, masukkan aiskrim tadi di atasnya.

Tunggu apa lagi? Sentap jer la.... Ops, tunggu adik yer....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.