Mar 9, 2011

Solok Lada (Cili Besar)

10 biji cili besar (seeloknya yang berwarna kuning putih)(dipotong dengan cara dibelah separuh untuk membuang bijinya)
5 ranting pucuk ubi kayu (tidak wajib)

10 sudu besar kelapa goreng (dikisar separuh lumat)
5 sudu besar kelapa parut (dikisar separuh lumat)
2 ekor ikan (seeloknya ikan kembung, atau sardin)(direbus separuh masak, tanpa air)(boleh juga dibakar)(ambil isinya sahaja dan dikisar lumat)
Satu sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar garam
3 sudu besar gula
Secawan santan pekat
5 ulas bawang merah (dikisar lumat)

1 cawan santan cair.

Gaulkan sehingga sebati semua bahan tadi (kelapa goreng, kelapa, ikan, lada hitam, garam, gula, santan pekat, bawang merah). Sumbatkan semua bahan tadi ke dalam setiap cili tadi.

Lapikkan pucuk ubi kayu di bahagian bawah periuk (tapi disebelah dalam periuk, bukan di luar periuk la wey...). Susun semua cili di atasnya. Masukkan santan cair, dan letakkan di atas dapur. Tutup periuk. Masaklah dengan api sederhana. Biarkan sekadar 5-7 minit sahaja, dan angkat. Boleh dihidangkan. Jangan lupa, pucuk ubi itu juga sedap dimakan.




Solok lada boleh juga dijadikan "lauk sampingan" bagi hidangan nasi kerabu. ...macam gambar di bawah ni la....



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.