Mar 2, 2011

Sira Labu

Sebiji labu (pumpkin) bersaiz sedang (sekitar sekilogram) dipotong-potong empat persegi panjang (setelah dibuangkan kulitnya). Rendam di dalam air kapur (kapur makan) sekitar satu jam.

Masukkan labu ke dalam periuk. Masukkan sedikit air. Masukkan setengah sudu kecil garam. Masukkan 6 keping gula melaka (gula kabung, gula pokok tar pun boleh). Masukkan secawan gula. Masukkan pula 2 helai daun pandan. Tutup periuk rapat-rapat. Masaklah sehingga berbau wangi, dan keluarkan daun pandan. Teruskan memasak sehingga labu tadi nampak kecut dan gula tadi telah hancur, dan air tinggal sedikit.

Sedap dimakan setelah sejuk, dan dimakan sebagai sajian tambahan semasa makan nasi berlauk kari ayam atau daging. Ia juga sesuai untuk makan petang bersama minuman sejuk.

Nota:
Labu juga boleh digantikan dengan pisang (sira pisang), atau ubi keledek (sira ubi keledek), atau ubi keladi (sira ubi keladi).

Pokok pandan



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.