Mar 24, 2011

Pelangi (Rainbow)

Menurut laman web Wikipedia, pelangi adalah suatu fenomena optikal dan meteorologikal yang berlaku akibat spektrum cahaya yang wujud di langit apabila matahari menyinari menembusi titisan lembapan air dalam atmospera bumi. Pelangi berbentuk arca pelbagai warna. Pelangi yang disebabkan oleh sinar matahari akan wujud di bahagian langit yang berkedudukan betul-betul bertentangan dengan matahari.
       Pada saya, ia juga kejadian alam yang diwujudkan-Nya (Allah swt) dengan suatu rahsia tersembunyi dan untuk memberikan suatu petunjuk kebesaran-Nya, dan tentunya juga merupakan suatu tujuan tertentu untuk manusia rungkaikan, termasuklah Surah Yaasin: Ayat 38,
 
                                        Bermaksud, "Dan matahari berjalan di tempat peredarannya..."
Seterusnya, surah Yaasin: Ayat 82,
 
Bermaksud, "Sesungguhnya keadaanya apabila Dia (Allah swt) menghendaki sesuatu hanyalahlah berfirman: "Jadilah!" maka terjadilah ia".

       Pada waktu saya kecil-kecil dahulu (masa budak-budak), orang tua-tua sering melarang  kita menunjuk dengan jari ke arah pelangi. Kata mereka, "kita boleh mendapat sial, keburukan". Orang tua-tua juga berkata bahawa pelangi itu adalah sejenis haiwan naga dan datang ke bumi untuk minum. Begitulah persepsi orang dahulu terhadap pelangi. Ini berlaku kerana pada masa itu kita "kekurangan ilmu" berkaitan pelangi, dan apabila kita kekurangan ilmu, maka tanggapan dan kesimpulan kita banyak bergantung kepada andaian sendiri. Ini meletakkan kita di dalam situasi kesamaran, tiada asas, dan membawa kepada kesimpulan yang salah. Banyak terdapat Nas yang mengingatkan kita supaya "jangan kita menghukum (memutuskan sesuatu) atas sumber yang sedikit".

Apapun,
            Pelangi itu indah, dan...
            Sangat cantik warna dan bentuknya
Namun,
            Ia tidak berbau (sama ada harum dan sebagainya)
            Ia tidak dapat kita sentuh
            Kita tidak dapat memilikinya
Ia akan semakin pudar dan hilang bersama hilangnya cahaya matahari
Pelangi...oh, pelangi....

Adakah kita juga mempunyai sifat seperti PELANGI?

Pelangi..., dari jendela rumah saya di Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.