Mar 22, 2011

Bapa

Dalam sejarah kemunculan manusia, "bapa" yang wujud dahulu, iaitu Nabi Adam (a.s). Hanya dia seorang sahaja yang "dilahirkan" tanpa ibu. Namun, disebaliknya pula, terdapat juga seorang sahaja lelaki (bapa) yang dilahirkan ibunya tanpa bapa, iaitu Nabi Isa (a.s). Serilah jadinya, sebab seorang lelaki wujud tanpa ibu, dan seorang lagi lelaki wujud tanpa bapa.

Dalam sesuatu keluarga pula, biasanya ketua keluarga adalah bapa. Beliau diamanahkan mencari rezeki untuk keluarganya. Dia juga bertindak dan diamanahkan sebagai pelindung kepada keluarga itu.

Jika kita menonton iklan-iklan, ucapan-ucapan, upacara-upacara dan seumpamanya, kebanyakan (majoriti) iklan-iklan, ucapan-ucapan, upacara-upacara itu memberikan lebih penghormatan kepada ibu, termasuk, "Terima kasih ibu", "Sayang, mak". Malah ditunjukkan jika anak tersebut memperolehi sesuatu kejayaan, maka ibulah yang terlebih dahulu dipeluk. Jika pula anak menalipon keluarga, maka dia akan bercakap dengan ibu dahulu. Bapa cuma berdiri/duduk berhampiran, sambil tersenyum. Malah jika anak tinggal berjauhan, misalnya menjalani sesuatu latihan, maka orang yang akan anak itu hubungi dahulu adalah ibunya. Mungkin anak lebih rapat dengan ibu. Mungkin ibu lebih mesra dengan anak. Mungkin juga ibu mempunyai sifat dan naluri yang lebih "indah dan lembut" dengan anaknya, berbanding dengan bapa. Namun tak dapat dinafikan terdapat juga segelintir dimana anak lebih rapat dengan bapa berbanding dengan ibu.

Namun, setelah bapa pergi menyahut panggilan Ilahi,
                        Barulah keluarganya amat terasa kehilangan bapa
                        Ahli keluarga tiba-tiba mendapati kehilangan tempat bergantung
                        Ibu dan anak-anak akan mendapati tiada lagi tempat untuk dirujuk, dibuat keputusan
                        Mereka juga mendapati rezeki juga terjejas

Dalam kehidupan harian. bapa biasanya akan akan membisikkan kepada hatinya sendiri, "Aku tak mengaharapkan disanjungi, dihargai. Cuma cukuplah setakat aku dihormati, dan tidak dihina... Aku tidak mengharapkan balasan atas 'jasa' yang aku lakukan, sebab itu tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku". Cuma bapa mengharapkan
                           Ahli keluarga berada dalam kebaikan kesejahteraan terbaik
                           dan
                           Sentiasa berbuat kebaikan, serta menjadi orang yang terbaik
Dan sentiasa mendoakan semoga bapa yang telah pergi, yang berada 'di sana', berada dalam perlindungan terbaik Allah (swt)

Namun, apapun
Semasa hayatnya masih ada,
Bapa masih mengharapkan sokongan dan tanda kasih daripada ibu (isterinya) dan anak-anak...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.