Pernah tak saudara-saudari menguji minda kanak-kanak yang pada usia dia mula pandai bercakap? Rasanya pernah. Contoh:
Pertama, saudara-saudari bertanya, "Adik nak makan, atau tak nak?" Dia menjawab, "Tak nak". Cepat-cepat kita susun semula ayat, "Adik tak nak makan, atau nak?" Dia akan menjawab "Nak".
Kedua, saudara-saudari bertanya pula, "Adik nak minuman sejuk, atau panas?". Dia akan menjawab, "Panas". Cepat-cepat kita susun semula ayat, "Adik nak minuman panas atau sejuk?" Dia akan menjawab, "Sejuk".
Ketiga, saudara-saudari bertanya lagi, "Adik nak susu atau buah?". Dia menjawab, "Buah". Cepat-cepat kita susun semula ayat, "Adik nak buah atau susu?" Dia menjawab, "Susu".
Ha, begitu la kanak-kanak, sebab dia cuma dapat "menangkap" yang terakhir. Yang terakhir sahaja yang dia ambilkira.
Itu cerita seorang kanak-kanak. Yang dah dewasa, matang, atau tua kedana pun rasanya macam tu juga (bagi sebahagian orang jer la). Cuba lihat cerita di bawah:
Ada saudara kita kerap meminjam kereta kita (yang kebetulan kita mempunyai dua buah kereta)(tak kisah kereta baru atau lama). Kita pun sama ada senang hati atau berat hati, beri juga pinjam. Setelah sekian lama, dan sekian banyak kali meminjam kereta, maka pada suatu kali, semasa dia datang nak meminjam kereta, kita tak dapat berinya pinjam sebab sebuah kereta akan dihantar ke bengkel sebab sudah ada tanda-tanda permulaan berlaku kerosakan. Sebuah lagi kita sendiri akan gunakan untuk urusan keluarga/rasmi/dll. Kita beritahu dia masalah tersebut. Maka saudara kita tadi pun melenting, "Ah, kalu tak mau beri pinjam tu, cakap jer la! Nak pinjam sekejap pun kedekut macam... Susah la ada saudara mara orang kaya ni..Tak mau nak tolong saudara. Nak pinjam sahaja, bukan nak terus...bla..bla..bla.." Maka mulalah bermasam muka. Kenapa jadi sedemikian? Sebab dia cuma merujuk kejadian terakhir. Yang terakhir sahaja yang diambilkira. Kebaikan demi kebaikan yang kita taburkan terdahulu itu telah lulur hilang begitu sahaja...
Ada pula kawan atau anak buah yang kerap meminjam wang daripada kita, dan jumlahnya pun setiap kali pinjam, bukanlah banyak, sekitar RM10, atau RM50, dan ada juga RM100. Kadangkala dia bayar balik, kadangkala dia dah "terlupa". Kita pun segan nak minta balik, kan? Pada suatu hari, dia berjumpa kita, nak pinjam, misalnya RM50. Atas sebab tertentu (terlupa bawa dompet duit, kita sendiri pun tak banyak wang, atau terkenangkan "Aku pulak yang kena jadi 'Bank Negara dia' ". dan lain-lain), maka kita tak dapat meminjamkan wang kepadanya. Dia pun tarik muka masam 14 jengkal, melenting, menghentak kaki, "Uh, bakhil macam...Nak pinjam 50 pun macam nak pinjam 5000!". Maka hubungan pun menjadi renggang selepas itu, dan segala pinjaman sebelum ini pun hangus... Kenapa jadi begitu? Kerana yang terakhir itu yang diambilkira.
Itulah kehidupan dan "keadilan manusia". Ia sama sekali tidak sama dengan "keadilan Ilahi"
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.