Mar 29, 2011

Ketupat sotong (stuffed calamari)

15 ekor sotong bersaiz sederhana (bersaiz 10-15 ekor, lebihkurang = 1kg. Jangan lak 1 ekor=1 kg, he he..). Buang perut (kepala sotong dibuang mulut dan gigi hitamnya)(sotong ada gigi, tau). Buang juga tulang (?) yang berada di dalam badan sotong)(tak buang pun tak per...Tak ada lagi berita orang yang mati tercekit, atau tertikam tulang sotong...). Buang juga pundi dakwat sotong (satu-satunya haiwan yang senantiasa membawa dakwat walaupun dia tak pandai menulis). Bersihkan bahagian dalam sotong, tetapi kalau ada telor sotong, masukkan kembali ke dalam badan sotong (sedap ooooiiii)

2 cawan beras pulut (basuh dan kemudian rendam sekitar  satu jam. .......................................... ............zzzzzzzzzz...........ZZZZZZZ....zzzzzzzz. OK? Dah sampai 1 jam? Jom kita sambung balik).
5 batang serai
5 keping gula melaka/manisan kelapa/gula kabung
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 sudu kecil garam

Seberkas (ops, beberapa batang) lidi/pencucuk sate (satay)

Cara membuatnya:
Masukkan santan pekat dan garam ke dalam beras pulut. Gaulkan rata-rata. Masukkan pula beras pulut tersebut ke dalam sotong. (Jangan penuh sangat). Kemudian sumbat (sebagai penutup) pada bahagian atas sotong dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya kepala sotong terlekat sebagai penutup pada badan sotong. Buatlah sampai selesai 15 ekor sotong tadi disumbat. 

Siat-siatkan serai tadi dan letakkan di bahagian bawah periuk (di dalam periuk la wey...). Kemudian masukkan sotong, dan jika ada beras pulut yang lebih, masukkan pada bahagian atasnya. Pecah-pecahkan gula melaka/gula kabung tadi dan letakkan pada bahagian atas. Masukkan sekali bingkai gula melaka (ni  bukan kelakau tau, tapi memang dinasihatkan masukkan bingkai ini sebab ia ada  aroma tersendiri yang menambah lagi kesedapan ketupat sotong). Masukkan santan cair.

Letak di atas api sederhana dan tutup periuk. Tunggu sehingga haruman masakan sotong menusuk kalbu (ops, menusuk hidung...), iaitu sekitar setengah  jam, dan kuah sotong menjadi amat pekat.

Apabila masak, angkat periuk, dan tunggu sehingga sejuk, dan seperti biasa, pakat-pakat ngap la... Lebih elok jika dihantar kepada saya seperti di alamat sebelah, he he... Atau, helo helo la ajak saya makan juga...

Naper la...ada manik-manik lak ni????




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.