Tahu apakah "keng"? Ia bukan berkaitan dengan Teori Keynes tu... "Keng" di sini, menurut istilah Dewan Bahasa dan Pustaka, bermasud, "keras kepala, tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar". Teori keng ini banyak juga digunakan di kalangan makhluk bernama "manusia". Namun, harapnya, kita sendiri tidaklah menggunakan teori keng ini (walaupun semasa budak-budak dahulu, mungkin kita pun pernah menggunakannya...). Asas teori keng ini adalah mudah: Kita buat kesimpulan atau keputusan atau pendirian, dan kita pertahankan habis-habisan, bermati-matian segala kesimpulan atau keputusan atau pendirian kita tadi tanpa mengira ianya telah terbukti salah, tidak betul, atau menyimpang.
Cerita 1: Pada suatu senja, dua pemuda (kita namakan mereka, A dan B) sedang berjalan di satu lorong berhampiran belukar. Perjalanan mereka terhenti apabila mereka terlihat terdapat pergerakan di suatu simpang di dalam semak, dimana lalang dan satu pokok kecil nampak bergoyang, menandakan kewujudan sesuatu di situ. A dengan spontan menyatakan bahawa. "Itu adalah babi hutan". B pula, kemudiannya, setelah melihat cara pokok bergoyang dan lalang berombak, menyatakan, "Itu besar kemungkinan seekor burung". Mereka mula bertekak. Akhirnya mereka membuat keputusan melontar seketul batu ke arah semak tadi. Setelah batu terjatuh di situ, maka tiba-tiba terbang lari seekor ayam hutan. Secara pantas A berkata, "Kan aku dah kata, tu babi hutan!". B cuma terdiam dan "mati akal". Dia tahu, A telah menggunakan teori keng.
Cerita 2: Pada suatu petang, Puan Y sedang memandu di suatu jalan Persekutuan. Tiba di suatu kawasan agak sunyi di luar bandar, dia mendapati di hadapannya ada sebuah kereta yang dipandu "agak perlahan". Puan Y terus memotong apabila didapati tiada kenderaan yang datang dari hadapan, dan kebetulan sebuah kereta yang megekori kereta Puan Y juga telah memotong serentak kereta Puan Y dan kereta di hadapannya. Tiba-tiba beberapa puluh meter di hadapan, seorang anggota polis trafik mengangkat bendera merah dan mengarahkannya berhenti. Puan Y berhenti, dan polis itu berkata, "Puan memotong di garisan berkembar" dan, "Minta lesen dan kad pengenalan". Sambil memberikan lesen memandu dan kad pengenalan, Puan Y berkata, "Betul, saya memotong di garisan berkembar, tetapi kenapa tuan tak menyaman kereta sebuah lagi yang memotong tadi? Lagipun, tiada kenderaan yang datang dari hadapan. Lagipun jalan di sini sunyi, tak ada kereta lain, bla..bla bla...". Polis tadi cuma terus menulis dan meminta Puan Y menandatangani borang saman, dan berkata, "Di mahkamah Puan boleh cerita", dan terus beredar. Tinggallah Puan Y dengan teori kengnya...

Cerita 3: Pada suatu awal pagi, saya den seorang kawan (kita namakan dia HB), sedang berjalan-jalan makan angin sambil berjoging santai di kawasan pinggir pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Tiba-tiba pandangan kami terarah kepada satu rantaian tapak-tapak kaki yang bentuknya seperti tapak kaki lembu, tetapi menghala ke pinggir air, dan hilang di situ. Kami berpandangan, dan saya bertanya, "Eh, takkan tapak kaki lembu, sebab ia menghala ke laut. Tak kan lembu masuk laut?!". HB secara spontan menjawab, "Emm, aku rasa, ni lembu. Lembu laut". Eh, ada ker "lembu laut"? Kami masing-masing ketawa besar, sebab saya tahu, HB cuma melawak. Lawak antarabangsa karakataukarakatuatua! Apapun, itu pun ada ciri-ciri teori keng... "Lembu laut"..... Patut la ada "buaya darat", kan? Satu kroni la tu kuit...
Apapun, semoga kita dapat mengelak menggunakan "teori keng" secara "membabi-buta" (ops...!!!), dan secara serius, sebab kesan negatifnya adalah serius, dia ia boleh termasuk di dalam salah satu sifat munafik, dimana menurut Rasulullah (saw), antara sifat munafik ialah, "APABILA BERCAKAP DIA BERBOHONG"
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.