Tugas Atau Fungsi Yang Dilaksanakan Atas Nasihat
Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kuasa pemerintah bagi Persekutuan (iaitu Malaysia 
Hakim Chang Min Tat dalam keputusannya di dalam kes N. Nadhavan Nair lwn, Kerajaan Malaysia3  ada menyebut,
“…kuasa eksekutif adalah dalam tangan Yang di-Pertuan Agong dan Jemaah Menterinya.  Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah secara kelazimannya dan sebagai menunjukkan semangat kesetiaan ditanya untuk memintanya menggubal Ordinan; adalah jelas bahawa Baginda sebagai Raja Berpelembagaan tidak akan menolak.  Dia tidak mempunyai budibicara dalam perkara itu…”
Penulis L.A. Sheridan dan H.E. Groves,4 ada memberi komen bahawa Perkara 39 Perlembagaan telah dengan jelas memperuntukkan bahawa orang yang di mana kuasa eksekutif diletak hak dan orang atau badan yang sebenarnya boleh menjalankannya.
Bagi Raja sesuatu Negeri pula, ia perlu bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).5
1 Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan-peruntukan ini telah ditambah oleh seksyen 13, Akta (Pindaan) Perlembagaan, 1962 (Akta No. 4) yang telah diberi kuatkuasa ke belakang pada 31.8.1957.
2  Ibid
3  (1975) 2 M.L.J. 289, 291
4  “The Constitution of Malaysia”  Edisi Ketiga (1979) di mukasurat 129.
5  Lihat Tan Sri Dato’ Hj. Mohamed Salleh Abas, “Traditional Elements of the Malaysian Constitution: (1984) di mukasurat 38, dan Perkara 38 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Di atas adalah cabutan daripada, Abdul Aziz Hussin. 1992. Institusi Raja (The Rulers Institution). Kota 

 
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.