Retsal Drilling Co.
v
Commissioner of Internal Revenue
(127 F. 2D. 355)
(Circuit Court of Appeal , USA )
Kerja putar-kunci adalah kerja dalam mana,
“penggerudi sesuatu telaga minyak mengakujanji akan menyediakan segalanya dan menjalankan kerja carigali mengorek perigi sehingga selesai, sedia untuk pengeluaran, dan menjadikannya, dengan cara besedia untuk “memutar kunci” danbermulalah minyak mengalir ke dalam tangki”.
Kes High Mark (M) Sdn. Bhd. v. Pacto Malaysia Sdn. Bhd.;
(1987) 2 M.L.J. 85,
Hakim Zakaria Yatim, menyatakan,
“Sistem putar-kunci, walau bagaimana pun, boleh diubahsuai. Tuan punya boleh mendapat khitmat konsultan untuk membuat rekabentuk asas atau sub-struktur, dan bakinya adalah struktur utama (superstructure) yang menjadi persetujuan untuk kontrak putar-kunci bayar sekali gus. Ini dikenali sebagai kontrak “putar-kunci campuran”.
Dia menambah bahawa,
“Adalah jelas, dengan demikian bahawa, dalam kontrak putar-kunci yang sebenar, kontraktor adalah bertanggungjawab bagi perancangan, pembinaan dan penyeliaan kerja. Setelah kerja siap, kontraktor menyerahkannya kepada tuanpunya projek. Kadangkala tuanpunya akan mendapatkan khidmat konsultan untuk melaksanakan rekabentuk asas dan substruktur. Maka (dalam hal ini) kontraktor hanya bertanggungjawab untuk perancangan, pembinaan dan penyeliaan baki kerja pembinaan yang lain. Dalam menentukan apakah bentuk sesuatu kerja putar-kunci, adalah perlu untuk menyelidiki kontrak yang relevan (yang ditandatangani) diantara pihak-pihak berkaitan”.
Dalam kes High Mark (M) Sdn. Bhd., satu firma konsultan diambilkerja oleh kontraktor berkaitan dengan satu kerja kontrak putar-kunci. Dengan itu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa segala lukisan dan rekabentuk yang disediakan oleh konsultan adalah menjadi harta milik kontraktor.
SENARIO-
Klien kepada Kontraktor:
A ¢ “Bina untuk saya sebuah rumah”.
B ¢ “Bina untuk saya sebuah rumah yang mempunyai 6 bilik tidur”.
C ¢ “Bina untuk saya sebuah rumah yang mempunyai 6 bilik tidur, dengan kos tidak melebihi RM300,000”.
D ¢ “Bina untuk saya sebuah rumah yang mempunyai 6 bilik tidur, dengan kos tidak melebihi RM300,000, menghadap laut”.
E ¢ “Bina untuk saya sebuah rumah yang mempunyai 6 bilik tidur, dengan kos tidak melebihi RM300,000, menghadap laut, dan pelan susunaturnya seperti disertakan”.
F ¢ “Petender-petender adalah dijemput untuk mengemukakan rekabentuk mereka sendiri dan garga dibayar sekali gus, untuk membina sebuah rumah”.
KONTRAK PUTAR-KUNCI
Di bawah konsep asal kontrak putar-kunci, seluruh proses
· merekabentuk;
· spesifikasi;
· pembinaan;
· mengujilari; dan
· operasi
(dan kadangkala termasuk penyenggaraan) adalah dilaksanakan oleh kontraktor
Menurut United Nation Guidelines (1983), kontrak seperti ini lebih diminati apabila sesuatu klien tidak mempunyai kepakaran atau sumber untuk melaksanakan kerja. Pada peringkat awal ia diperkenalkan, ia banyak digunakan oleh Negara-negara bagi pembinaan logi rawatan air.
United Nations, 1983, Features and Issues in Turnkey Contracts in Developing Countries. New York : Centre on Transnational Corporation.
Menurut Greenwood, D. (1988), bilangan kontraktor yang berupaya melaksanakan kontrak putar-kunci akan dihadkan, yang memendekkan pada tahap pra-kelayakan. Klien akan biasanya memerlukan spesifikasi prestasi kontraktor dan juga piawaian yang diperlukan serta garispanduan lukisan yang mereka lebih berminat. Penilaian teder puter-kunci adalah lebih rumit, kerana biasanya akan mengandungi 2 bahagian: Bahagian pertama menyatakan harga dan aspek kewangan yang ditawarkan dan satu lagi menyatakan cadangan rekabentuk dan spesifikasi teknikalny, dan klien akan menilai cadangan rekabentuk dan spesifikasi ini terlebih dahulu sebelum menimbangkan fasal harga yang ditawarkan.
Tender akan disemak berdasarkan merit teknikal bagi membolehkan klien menilai asas sebenar teknikal dan prestasinya.
Penilaian kewangan atas perbelanjaan modal dan kos pelaksanaan akan dijalankan selepas itu, yang biasanya dengan menggunakan kaedah aliran tunai berdiskaun.
Tiada kaedah seragam/piawai yang digunakan, dan ini banyak bergantung kepada perkara berikut dalam membuat keputusan, antaranya,
· menilai jenis proses pembinaan tertentu;
· pengalaman lepas kontraktor/petender berkaitan;
· keperluan operasi dan penyenggaraan; dan
· hubungan kerja yang baik.
Obligasi
Dalam situasi kontrak putar-kunci, kontraktor mengakujanji mengambil tanggungjawab merekabentuk yang utama dan segala tanggungjawab yang lazim dipikul oleh seseorang perekabentuk.
Greaves (Contractors) Ltd. v. Baynham Meikle & Partners (1975) 3 All E.R. 99.
[1982] 19 BLR 99
Di bawah satu perjanjian putar-kunci, TW telah membina beberapa blok rumah pangsa untuk LBN. Satu runtuhan besar berlaku akibat letupas saluran gas dalaman salah satu blok bangunan tersebut, yang mengakibatkan 4 penghuninya maut.
Diputuskan: Obligasi kontraktor di bawah kontrak sedemikian adalah bagi mempastikan rekebentuk tersebut mematuhi segala kehendak perundangan. Keupayaan menahan beban berat bagi rekabentuk tersebut didapati tidak memadai, dan dengan itu kontraktor tersebut telah melanggar kontrak.
KONTRAK REKABENTUK DAN BINA
Definisi skop kerja adalah digambarkan oleh cadangan terperinci yang disediakan oleh kontraktor (secara terus, atau oleh konsultannya) yakni sebagai menjawab sesuatu jemputan untuk mengemukakannya, dan mengikut penerangan yang disediakan oleh klien atau tuanpunya (atau konsultannya)
Klien | Kontraktor |
o Ringkasan?Penerangan: | o Cadangan |
· Terma keperluan pengguna berkaitan ruang dan fasiliti. · Kebolehterimaan criteria sebagai piawai keselesaan dan kualiti (atau garispanduan spesifikasi prestasi). | Memenuhi kehendak klien: · Lukisan. · Spesifikasi bahan dan piawaian kerja. · Harga dan jadual bayaran. |
PENGAGIHAN RISIKO DALAM KONTRAK PUTAR-KUNCI
Kontrak putar-kunci memberi petunjuk risiko yang rendah di pihak majikan/tuanpunya berkaitan rekabentuk (tetapi dia menghadapi risiko yang tinggi berkaitan komitmen harga), dan risiko yang tinggi di pihak kontraktor berkaitan rekabentuk (tetapi kontraktor menghadapi risiko yang rendah berkaitan komitmen terhadap harga).
Ruj.: Robinson , N.M. & Lavers, A.P., 1988, Construction Law In Singapore and Malaysia . Singapore : Butterworth & Co., p. 72.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.