Sekarang ni telor masin mahal sangat, kan? Bezanya pun amat ketara dengan telor tak masin (telor tawar?, eh, bukan!). Baik la buat sendiri.
5 biji telor itik (boleh juga 7, 10, 50 biji dan lain-lain)(telor itik jer, tau. Telor ayam tak boleh. Telor burung, telor ayam belanda saya belum cuba buat. Telor penyu? Jangan, sebab tu haiwan dilindungi. Nanti dok sedap sedang makan, pegawai daripada Pihak Berkuasa tertentu lak datang serbu, tak berbaloi!)(Telor buaya? errrr, cuba la.. Takut kena ngap oleh si buaya, sebelum dapat curi telornya)
1 cawan garam (dimasak dengan air yang sedikit agar ianya betul-betul masin. Biarkan air garam ini betul-betul sejuk)
Basuh telor itik, keringkan betul-betul kering (boleh lapkan dengan tisu dapur). Kemudian masukkan ke dalam air garam. Pastikan telor tenggelam di dalam air garam. Boleh dimakan 3 hari kemudian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.