Mar 3, 2011

Hukuman Sebat

Seksyen-seksyen 286, 287, 288, 289, 290 dan 291 Kanun Acara Jenayah menghuraikan tentang kaedah mengenakan hukuman sebat. Mengikut seksyen-seksyen ini:
i.                                            Hukuman sebat dijalankan pada masa dan tempat seperti yang di tetapkan oleh mahkamah;
ii.                                          Hukuman tudak boleh lagi dijalankan apabila orang itu merayu ke mahkamah rayuan atas hukuman yang dikenakan sehingga mahkamah rayuan membuat hukuman sedemikian juga;
iii.                                        Hukuman sebat dijalankan seberapa segera yang boleh (tetapi selepas tujuh hari ia dijatuhi hukuman itu);
iv.                                         Jumlah hukuman sebat mestilah disebut oleh mahkamah, misalnya 3 rotan, 6 rotan dan sebagainya;
v.                                           Rotan yang digunakan tidak lebih daripada setengah inci besarnya.
vi.                                         Hukuman sebat tidak boleh dijalankan secara ansuran; dan
vii.                                       Dalam keadaan biasa, seorang doktor perlulan hadir dan mengesahkan orang itu sesuai menerima hukuman sebat.
Walaupun hukuman sebat boleh dikenakan pada kesalahan-kesalahan tertentu, tetapi terdapat beberapa golongan orang yang hukuman sebat tidak boleh dikenakan (walaupun kesalahan yang dilakukan oleh orang itu, memperuntukan hukuman sebat boleh dikenakan). Mengikut seksyen 289 Kanun Acara Jenayah, orang-orang berikut tidak boleh dihukum rotan (sebat):
i.                    Perempuan;
ii.                  Lelaki yang telah dihukum mati; dan
iii.                Lelaki yang dalam pertimbangan mahkamah umurnya telah pun lebih daripada 50 tahun.


Di atas adalah cabutan daripada, Abdul Aziz Hussin. 2010. Panduan Umum Undang-undang Jenayah Di Malaysia. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 115-116. Harga RM15.
               
       


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.