Pada suatu petang, seekor serigala sedang merayau-rayau di tebing (pinggir yang berpasir) suatu sungai. Dia sangat lapar. Tiba-tiba dia terlihat seekor ibu ayam tua. Ingin sahaja dia terus menerkam dan membaham ayam tersebut. Tiba-tiba dia dibisikkan oleh hatinya sendiri dengan ungkapan, "Sabar, wahai serigala. Tengok sekeliling dahulu, sebab ini mungkin perangkap". Sambil memerhatikan sekeliling, sambil pula serigala tersebut merapati ayam yang sedang asyik memakan kelapa di dalam tempurong yang terletak di sisinya. Apabila serigala tiba betul-betul di sisi ayam, barulah ibu ayam tadi tersedar, dan dia betul-betul panik, dan tak tahu nak buat apa.
Serigala: Ayam, hari ini aku amat baik, tau! Aku tak akan makan kamu, tetapi dengan satu syarat.
Ayam: Terima kasih.. Apa syaratnya?
Serigala: Aku akan duduk di sini. Kamu akan tetap duduk di situ. Jika bayang aku terkena badan kamu, apabila matahari bergerak, maka barulah aku akan memakan kamu.
Ayam: Baiklah...Lagipun aku tak ada pilihan lain, kan?
Serigala: Ada pilihan lain, iaitu jika kamu bergerak, aku akan segera memakan kamu!
Ayam: ???? OK la....
Mereka pun mula sama-sama berdiam diri, dan masing-masing tidak bergerak. Matahari semakin senja, dan bayang serigala tidak pula bergerak ke arah ayam, sebab serigala duduk di posisi yang salah yang bayangnya tidak akan bergerak ke arah ayam. Menyedari hal itu, serigala telah segera mengalihkan posisinya, sedikit demi sedikit, dan dengan itu, tiba-tiba bayangnya mengenai ayam.
Serigala: Ha...!!! bayang aku sudah terkena kamu!!! Sekarang aku akan makan kamu!!!
Ayam: Tapi aku tak bergerak pun. Kamu yang bergerak supaya bayang kamu terkena aku.
Serigala: Ah..!!! Tak kisah lah. Asalkan bayang aku dah mengenai kamu. Lagipun janji kita ialah apabila bayang aku mengenai kamu, maka aku akan makan kamu...
Ayam: Janji kita? Tapi bukan salah aku, bukan aku yang melakukan itu.
Serigala: Peduli apa aku. Aku dah makin lapar ni....!!!
Serigala pun segera melompat menerkam ayam. Tummm..! Tumm!! Dua letupan senjata api pemburu serigala (yang ternakan ayamnya kerap dimakan haiwan liar, berkemungkinan musang) telah mengenai serigala, dan serigala tersungkur. Ibu ayam tua juga tersungkur. Memang ibu ayam tua yang dagingnya sudah amat keras, isinya sudah tidak manis itu diikat dengan tali pada satu pacak kayu....
Persoalan:
1. Justifikasikah serigala merayau di tebing sungai itu?
2. Justifikasikah serigala menunggu sekian lama dengan helah sedemikian untuk memakan ibu ayam tua itu?
3. Justifikasikah si pemburu membunuh serigala itu?
4. Justifikasikah si pemburu "mengorbankan" ibu ayam tua, yang sebelum ini banyak menghasilkan telor untuknya?
Cerita yang serupa juga berlaku dalam alam manusia, kan?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.