Mar 20, 2011

Ikan goreng kacang masin

1 ekor ikan bawang (bukan ekornya, tetapi seluruh ikan tu la, kecuali perut kena dibuang) (dipotong 2 atau 3), atau 4 potong ikan tenggiri
Sedikit tepung jagung

A. SOS
2 sudu besar kacang masin (salted beans)(taucu)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (dimayang halus)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil pes/pekatan asam jawa
Sedikit garam
Sedikit air
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk kecil. Panaskan sehingga mendidih. Angkat dari dapur.

B. CARA
Sapukan ikan dengan tepung jagung,. Panaskan kuali dan goreng ikan tadi sehingga wangi baunya. Keluarkan dan letak di dalam pinggan. Curahkan sos tadi di atas dan disekelilingnya. Bolehlah dihidangkan (dan dimakan la weeeh...takkan la hidang dan pakat tengoook jer...)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.