Mar 5, 2011

Pisang Goreng "Special"

Biasa/pernah makan pisang goreng? Kalau sesuatu itu amat laku, maka perbandingan yang dibuat ialah, "Macam pisang goreng panas!". Namun, kalau kita biasa mengembara, kita temui papan-papan tanda yang berbunyi "GORENG PISANG", atau "GORENG PISANG PANAS". Yer la, menggoreng pisang, tentulah panas sipenggorengnya sebab kena berada di tepi kuali, kan? OK, tak usah panjangkan polemik, kita nak makan pisang goreng...tetapi kena la goreng pisang tu...

10 biji pisang (biasanya pisang awak, pisang abu, pisang mas, pisang nangka, pisang lemak manis, pisang bunga)(yang sudah masak, tetapi belum ranum)(boleh juga digantikan dengan ubi keledek, ubi keladi)(tetapi namanya, bukan lagi "pisang goreng" la yer). Pisang dibuang kulit, dan belah dua.
Secawan tepung beras (dibancuh separuh pekat dengan air sejuk)(yakni air yang berada di dalam peti sejuk). Masukkan pula sesudu kecil kunyit, sebiji telor ayam, sedikit garam, dan 2 sudu besar kelapa parut (kelapa segar).

Panaskan minyak (betul-betul panas) di dalam kuali, dan celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung tadi, dan masukkan segera ke dalam kuali tadi. Tunggu sehingga pisang sudah masak dan warnanya menjadi sedikit kekuningan dan nampak sudah rangup, dan angkat. Sejatkan di dalam penyejat (atau diletakkan di atas pinggan beralaskan tisu dapur).

Kemudian...tunggu apa lagi?? Ngap jer la, sebab pisang goreng sedap dimakan semasa panas (tetapi bukan semasa terlalu panas, sebab makruh memakan makanan yang amat panas).




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.