TAKRIFAN
“Seri” yang dimaksudkan di sini adalah sepertimana yang ditakrifkan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai, “tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah dalam sesuatu perlawanan” Dalam laman sesawang http://en.wikipedia.org/wiki/Tie, ia merujuk, kepada, “a finish to a competition with identical results, particularly sports”. Dalam laman http://www.thefreedictionary.com/tie pula, ia merujuk, “to achieve equal scores in a contest”. Huraian dalam laman http://www.wordiq.com/definition/Tie_(draw), ialah, “To tie or draw is to finish a competition with identical or inconclusive results”.
"SERI" DALAM PERMAINAN
Dapat kita rumuskan bahawa dalam sukan atau permainan, ada kemungkinan wujud “seri”. Jika dalam permainan, misalnya bola, sepakan penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang apabila permainan (atau perlawanan?) berkesudahan dengan keputusan seri.
"SERI" DALAM PERMAINAN
Dapat kita rumuskan bahawa dalam sukan atau permainan, ada kemungkinan wujud “seri”. Jika dalam permainan, misalnya bola, sepakan penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang apabila permainan (atau perlawanan?) berkesudahan dengan keputusan seri.
“SERI” DALAM PENGUNDIAN
Bagaimana pula dalam “pengundian”? Kita lihat dua jenis pengundian, iaitu:
1. Dalam membuat keputusan dalam sesuatu mesyuarat Majlis, Lembaga, Persatuan, syarikat dan lain-lain. Dalam membuat keputusan, misalnya mesyuarat, kalau sama banyak, Pengerusi ada undi pemutus. Menurut Abdul Aziz Hussin, 2009. Undang-undang dan Pengurusan Mesyuarat (dalam Bab 4), Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia , (buku saya la tu), ada dicatatkan seperti berikut:
Jika berlaku dalam sesuatu mesyuarat, pengundian perlu dijalankan bagi mendapat keputusan atas sesuatu cadangan atau usul, maka pengundian akan dijalankan. Usul yang mendapat undi majoriti (walaupun secara majoriti mudah) akan dikira menang, dan usulnya diterima. Namun terdapat keadaan di mana apabila pengundian dijalankan, jumlah undi yang diterima dipihak pencadang dan pihak yang menolak adalah sama banyak. Jika ini berlaku, Pengerusi mempunyai satu undi istimewa, yang disebut “undi pemutus”. Dengan itu jika Pengerusi menyokong usul tersebut, maka usul menyokong dengan sendirinya dikira menang.
2. Dalam pilihanraya. Peraturan 25F, Peraturan-peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya 1981 (Pindaan 2004) (P.U. (A) 67/2004 memperuntukkan seperti berikut:
25F. Selepas selesai penjumlahan rasmi dan pembuatan perisytiharan di bawah perenggan (7) peraturan 25D berkenaan dengan semua pilihan raya yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat atau sesuatu Dewan Undangan Negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh membuat pengisytiharan bahawa sesuatu parti politik yang telah menamakan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum itu telah memenangi pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika parti politik itu telah memperolehi suatu majoriti melebihi lima puluh peratus daripada jumlah kerusi yang diperuntukkan bagi pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri itu.
Nampaknya kita belum bersedia dengan situasi dimana semua parti politik yang bertanding memperolehi undi sama banyak. Kalaulah terjadi undian sama banyak, adakah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya boleh menjadi undi pemutus. Tentu jawapannya “tidak”, sebab dia adalah daripada badan berkecuali (Lihat Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957). Jadi, bagaimana?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.