Mar 20, 2011

Kerabu pucuk paku

Semangkuk besar pucuk paku (ni bukan paku besi tau, tapi tumbuhan paku-pakis). Rebus sekejap dan toskan.
5 sudu besar kelapa parut putih (lumatkan)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar (dipotong halus), atau, 5 ulas bawang merah
5 sudu besar kelapa goreng (dilumatkan)
Seekor ikan (ikan kembung/sardin atau jenis ikan lain yang sewaktu dengannya)(direbus atau bakar, dan ambil tulang dan kepalanya sahaja, ops, ops, silap! Diambil isinya sahaja, tau)

Gaulkan semua bahan di atas bersekali dengan pucuk paku.
Boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.