Mar 6, 2011

Sambal Ikan Kering Mempelam

Bahan-bahan:
20 biji cili melaka
2 ekor ikan kering (seeloknya ikan cencaru kering)
3 biji mempelam muda (seeloknya mempelam kampung/mempelam telor)
Sesudu kecil serbuk perasa (jika mahu)

Cara:
Basuh ikan kering (jangan dibuang kepalanya), dan bakar sehingga garing. Tumbuk/kisar hingga separuh halus.
Mempelam dibasuh dan diparut/dikisar separuh halus (jangan buang kulitnya)
Kisar/tumbuk cili (separuh hancur)
Gaulkan cili, ikan kering dan mempelam, serta serbuk perasa sehingga sebati.

Inilah rupanya. Walaupun nampak "semacammmm" jer, tetapi sedap...


Nota: Buah mempelam boleh digantikan dengan limau kasturi (kadarnya 6 biji)(dibuang bijinya sebelum dikisar separuh hancur)

Ini la buah mempelam yang sesuai dibuat sambal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.