1 tin kecil ikan sardin (ikan dalam sos tomato)(seeloknya ikan makerel)
4 ulas bawang merah (dikisar lumat)
3 ulas bawang putih (dikisar lumat)
1 biji bawang besar (dimayam kasar)
1 sudu kecil garam
2 sudu minyak makan
1 hirisan limau nipis
Sebiji buah tomato masak (dipotong kiub kecil)
1 batang daun bawang (dimayam halus)
Setengah cawan air.
Panaskan kuali/periuk. Masukkan minyak, dan apabila panas, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga wangi. Masukkan air dan ikan sardin. Apabila mendidih, masukkan garam, daun bawang dan bawang besar. Tunggu sekitar satu minit, dan angkat. Masukkan ke dalam bekas, perahkan sedikit limau nipis, dan taburkan buah tomato.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.