7 potong tembikai merah (sekitar 3smx2smx7sm setiap potong)(buang kulit hijau sahaja, dan ambil juga isi putih dekat kulit)
3 potong betik masak (sama saiz dengan tembikai)
5 sudu besar gula
1 sudu besar air sirap ros
Secawan air
Kisar lumat semua bahan di atas.
Masukkan ke dalam bekas (jug dan lain-lain), dan tambah sekitar 5 gelas air. Tambahkan buah kabung/buah enau/buah tar (kalau suka). Boleh juga ditambah biji selasih yang sudah dikembangkan. Hidang sejuk bersama ketulan ais.
Kalau nak dipelbagaikan, boleh dihidang bersama aiskrim (perisa ikut kegemaran), dan boleh juga ditambah kacang tanah goreng (yang sudah dikisar halus).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.