Banyak juga perkara dalam kehidupan kita yang kita menganggapnya remeh-temeh, kecil dan tidak perlu diambil hirau. Namun kita perlu juga beringat dan menilai iaitu adakah perkara tersebut sememangnya perkara kecil, atau mungkin ia boleh membesar, terutama akibatnya, jika kita tidak membendungnya atau mengambil langkah sewajarnya. Misalnya, kita selalu diingatkan dengan ungkapan,
"Api, kecil menjadi kawan, tetapi apabila besar menjadi lawan"
Begitu juga dengan air,
"Air yang sedikit kuantitinya boleh dimanfaatkan sebagai air minum, tetapi kalau sudah besar maka ia sudah menjadi banjir"
Kita ambil comtoh berikut:
Kita meletakkan kenderaan di satu tempat meletak kenderaan di suatu kawasan perbandaran. Kebiasaannya caj meletak kenderaan akan dikenakan, misalnya 50 sen setiap setengah jam. Katakan kita terlupa membayar caj tersebut, atau enggan membayarnya, maka pihak berkuasa perbandaran akan mengeluarkan notis kompaun, katakan RM20. Selepas itu kita masih berdegil (atau masih terlupa) untuk membayar kompaun tersebut. Maka, kita akan dihadapkan ke muka pengadilan (mahkamah) di bawah seksyen 72 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika kita didapati bersalah dan disabitkan, maka kita boleh dikenakan denda sehingga RM300. Jika kita masih lagi gagal atau enggan (keras kepala) membayar denda tersebut maka kita akan dipenjarakan (kerana gagal membayar denda). Jadi, KITA MASUK PENJARA KERANA TIDAK MEMBAYAR CAJ MELETAK KENDERAAN! Itulah akibat sikap kita yang menganggapnya remeh, kecil dan tidak perlu diambil hirau, dan gagal menilai kesannya.
Jadi, sebagai seorang yang bistari, sempurna akalnya, dan sebagai warga yang baik, sama-samalah kita renungi dan mengambil tindakan yang sepatutnya dan sewajarnya apabila berhadapan dengan "perkara remeh dan kecil". Ini mungkin kerana sebenarnya, ia adalah suatu perkara "kecil yang bukan kecil".
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.