Jul 24, 2012

Ronda-ronda Kota Surabaya, Indonesia: Bahagian 2

Mengambil peluang saya di kota Surabaya pada 10-14 Julai 2012, saya berkesempatan meronda-ronda sekitar kota Surabaya. Gambar-gambar berikut mencerita banyak perkara...

1. Di hadapan Muziaum kapal Selam, bersama 2 pelajar Universitas Airlangga.





2. Di Tugu Sukarno-Hatta (Tugu Pahlawan) bersama Dr J Hendy Tedjonagoro, Universitas Narotama, Surabaya.

3. Sekitar Gedung Sempoerna



4. Sekitar Terminal Bas Bratang, Surabaya



5. Sekitar Terminal Bas Bungurasih, Surabaya


5. Sebahagian pemandangan kota Surabaya pada jam 6 pagi (waktu Indonesia). Waktu masuk subuh adalah jam 4.35 pagi...he he he... (Nota: Pada tempoh ini, masuk solat zohor, 11.35 pagi, asar 2.56 petang, maghrib 5.25 petang, dan isya 6.40 petang)(bukan apa, tolong ingatkan, takut "terlepas waktu....").



Pada jam 7.10 pagi...


Ronda-ronda Kota Surabaya, Indonesia: Bahagian 1

Mengambil peluang saya di kota Surabaya pada 10-14 Julai 2012, saya berkesempatan meronda-ronda sekitar kota Surabaya. Gambar-gambar berikut mencerita banyak perkara...

1. Di lapangan terbang (Bandara)(Bandar Lapangan Terbang) Juanda


2. Sekitar Surabaya....yang lazim....


3. Bersama 2 pengawal keselamatan di pintu masuk satu kawasan perumahan elit. Kata mereka, "Kami menjaga orang kaya...ha ha ha...". Saya cuma tersengih jer...
4. Berhampiran Hotel Everbright, Jalan Manyar Kertoarjo 44.





Saya ingin mengalami sendiri ronda-ronda Surabaya dengan menaiki beca... Si pengayuh beca ini telah mengayuh beca melawan arus (katanya untuk memendekkan perjalanan saya)... Waduh pak, kecut perut juga dibuatnya!!!!

5. Tada isyarat lalulintas "Dilarang Menunggu" (No Waiting)... Tanda isyarat seperti ini tak ada di Malaysia


Haiwan-haiwan di Kota Surabaya

Mungkin ramai yang perasan bahawa di merata tempat di Indonesia, ramai yang menaiki "Kijang". Ini tak menghairankan, sebab di Malaysia pun ramai yang menaiki "Rusa, Kancil, Kelisa...", kan? he he he... Di bawah ini saya tunjukkan beberapa lagi haiwan yang saya sempat temui di Kota Surabaya, Indonesia, semasa saya berada di sana pada 10-14 Julai 2012:
1. Melepaskan burung merpati... Saya bertanyakan lelaki tersebut, "Kenapa dilakukan sedemikian, pak?". Dia menjawab bahawa ini sebenarnya aktiviti melatih burung berkenaan agar dia terbang dan kembali semula kepadanya. "Tetapi pak, ada yang ngak mau pulang...dan hilang...". Saya hanya tersenyum tersengih jer, dan tak mau mengulas cakapnya tu...
2. Banyak juga haiwan ni yang saya temui, tetapi tak terjumpa pula yang mati dilenyek kenderaan
3. Ini beberapa ekor lagi "haiwan yang dah dikeraskan", he he he...
4. Monyet kecil ini saya temui di Stasion/Terminal Bis (Stesyen bas) Bratang, Surabaya

Ops, sempat dia melakukan adegan solat (monyet bersolat???)
5. Ini sejenis ikan di sungai...


Berkongsi Ilmu 51: Kursus/Bengkel Psikologi Kerja

Pada 16-17 Julai 2012, saya menjalankan kursus/bengkel PSIKOLOGI KERJA untuk staf USM di Kampus Cawangan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang (Kampus Kejuruteraan). Peserta terdiri daripada staf USM pelbagai gred dan kategori. Nampaknya sambutan amat menggalakkan, terutama pada sesi soal-jawab dan "permainan pengurusan". Semoga ilmu yang dikembangkan di dalam "Majlis ilmu" tersebut bermanfaat untuk diri, kerja dan keluarga serta masyarakat, insyaAllah...

KURSUS/BENGKEL PSIKOLOGI KERJA
Tema: Penjawat Bagus, Hasil Bagus
Pengenalan
Setiap manusia mempunyai kelebihan dan juga kelemahan dalam diri masing-masing, yang mana kelebihan itu berbeza antara satu sama lain. Kelebihan-kelebihan ini merupakan potensi yang dikurniakan Tuhan demi kebaikan manusia. Namun terdapat juga peluang dan halangan dalan pembangunan (diri, kerjaya, keluarga, ekonomi dll.). Ini memerlukan kita memotivasikan diri dan membentuk/menanam sikap positif pada diri dan kerja. Kerja berpasukan dan semangat berpasukan banyak membantu dalam merebut peluang dan mengatasi halangan. Namun nilai amanah, integriti dan akauntabiliti juga perlulah seiring. Kerja dan diri juga perlu menyahut cabaran semasa dan mendatang, dan salah satu cara menyahut cabaran itu adalah melalui pengaplikasian konsep inovasi dan kreativiti yang positif.
Objektif
  • Mengenalpasti kelemahan, kekuatan, peluang, ancaman, dan potensi setiap peserta.
  • Menjadikan peserta lebih berupaya menjelajah kemampuan diri sendiri.
  • Menjadikan peserta sebagai pekerja bersedia menghadapi cabaran dan perubahan.
  • Membolehkan peserta memberikan sumbangan yang bermakna, beramanah, berintegriti dan berakauntabiliti terhadap diri dan organisasi mereka.
Kandungan kursus/bengkel adalah, antaranya,
HARI PERTAMA
Pendaftaran
Taklimat Objektif dan skop kursus/bengkel
Manusia, keunikan dan potensi
Aplikasi ISHIKAWA dan Muhasabah
 Kerja Berpasukan  dan konsep "sahabat"
 Eksplorasi Kemungkinan
HARI KEDUA
Pekerja Berpengetahuan               
 Konsep dan aplikasi PENTERA
Aplikasi Masa & Tempat
Konsep “Munasabah”
Transformasi
Tanggapan, Halangan, Daya Kreatif dan Cerapan Fikiran

SESIAPA YANG BERMINAT MENJALANKAN KURSUS/BENGKEL INI SECARA DALAMAN ATAU SEBAGAI PESERTA BAGI KURSUS/BENGKEL INI YANG DILAKSANAKAN OLEH USM, BOLEH HUBUNGI
1. PROF. MADYA ABDUL AZIZ HUSSIN 0139273389 abdaziz2002@gmail.com
2. Kamarule Manan
Unit Latihan, Pejabat Transformasi
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang Office (+604-653 2389 Faks 7     +604-656 5429 Email *    kamarole@usm.my Website  http://ulatihan.usm.my/v2/




























Jul 15, 2012

Berkongsi Ilmu 50: Persidangan Di Surabaya

Pada 10-12 Julai 2012, diadakan Persidangan Antarabangsa ke-6 Indonesia-Malaysia, di Universitas Airlangga, Kampus B, Surabaya, Indonesia. Selain pembentangan kertas-kertas kerja, diadakan juga lawatan kerja/sambil belajar sekitar Surabaya:
1. Sikitar kampur Universitas Airlangga, kampus B.


 
 2. Pembentangan Kertas Kerja oleh saya dan beberapa yang lain



 3. Lawatan sekitar Jambatan Merah (bersama pelajar Universitas Airlangga, Septian Yuwandis)
 4. Bergambar dengan Norhafizah Ismail, pelajar sarjana Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
5. Di Monkasel (Tugu Kapal Selam)
 6. Bersama Dr J Hendy Tedjonagoro, daripada Universitas Marotama, Surabaya
 7. Di Tugu Pahlawan Sukarno-Hatta

 8. Di House of Sempoerna