Nov 27, 2011

Erti seorang "SAHABAT"

Pada 23-29 Oktober 2011, saya berkesempatan berkunjung ke Kuching, Sarawak, atas suatu urusan rasmi. Saya berpeluang bertemu semula dengan seorang sahabat saya, iaitu saudara Hj. Zawawi Nor (berbaju cerah dan bertali leher berbelang dalam gambar pertama, kedua dan ketiga). Dia orang Kuala Krai, Kelantan (sama wilayah la tu dengan saya..), yang telah beberapa tahun tak bersua., walaupun kerap berkomunikasi melalui telefon dan email. Kami tinggal serumah semasa sama-sama belajar di Universiti Malaya dahulu. Inilah orang yang saya amat kagumi dan hormati atas sifat diri, usaha dan setiakawannya: Seorang yang rajin dan gigih serta amanah dalam kerja (sehingga beberapa kali beliau mendapat anugerah kecemerlangan), warak dan ada beberapa kali membantu saya (setia sebagai seorang sahabat)(saya amat terhutang budi kepadanya). Walaupun bersifat agak tegas dalam tugas dan sehariannya, namun beliau masih mengekalkan watak ceria, riang dan suka berkelakar (ala ala kelakaukarakatau la tu, he he..). Pada masa saya menulis ini beliau adalah Pengarah BSN Negeri Sarawak. Dalam pertemuan kali ini, sempat juga dia menurunkan beberapa ilmu dan motivasi baru kepada saya. Terima kasih saudaraku... Sempena 1 Muharam 1433, saya mndoakan semoga Allah SWT memberkati dan melindungi serta mempermudahkan hidup saudara...aamiin...





Ini gambar kami semasa sama-sama menuntut di sebuah universiti dalam tahun 1982 dahulu
SEORANG SAHABAT SANGGUP MENGEJUTKANNYA DARIPADA LENAFANA, MEMBANTU KELUAR DARIPADA SISIHPEDIH SIKSANYA, DAN MENYAMBUT TANGAN SAHABATNYA DARIPADA TENGGELAM MAUPUN TERJATUH DI JURANG DALAM..
BAK MENITI TITIAN USANG
 

Di bawah adalah gambar saya dan saudara Hj Zawawi semasa lawatan pembelajaran semasa kami sama-sama menuntut di Kuala Lumpur dahulu



(Gambar beliau yang dikirim kepada saya pada 2017, bersama ahli sanak saudara, )


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.