Nov 25, 2011

Sekitar Langkawi

Dari 20-23 November 2011, saya berada di Langkawi. Pelbagai ragam pekerjaan dan manusia, serta pemandangan dapat diceritakan dengan beberapa gambar berikut:
1. Semasa di Kaunter de Baron Resort dengan saudara Nadzri, Urusetia (Pegawai Latihan) Yayasan Amanah Latihan Berkanun Malaysia
2. Makan percuma (secara kebetulan) semasa upacara perasmian pejabat baru YAPEIM Langkawi
3. Sejarah kenderaan berenjin yang pertama dibawa masuk ke Langkawi


4. Sekitar pekan Kuah





Diambang sore sebegini, teringat lagu "Ambang Sore" nyanyian Ahmad Jais



5. Orang ke-2 terawal makan pagi (jam 7.10) di Restoran de Baron Resort

6. Waktu senja...
Menghayati suasana seperti di atas, terasa seperti MIMPI DALAM MIMPI la pulak....




7. Mencari rezeki penuh risiko (mereka pekerja asing)

8. Di pengkalan muara Sungai Kuah (dan bersama beberapa nelayan dan pengusaha bot pelancongan)
Di TITIAN PERJALANAN ini...



Di Jeti Kuah, Langkawi...

Pssst...sebenarnya gambar ni saya ambil pada jam 7.15 pagi, 27 Jun 2012: Saya orang yang ketiga paling awal membeli tiket pada hari tersebut. Selepas melalui pemeriksaan kastam, saya menunggu di kawasan penumpang menunggu. Sambil tu, saya berbual dengan satu pasangan suami isteri (pembeli tiket no 1 dan 2) dari Indonesia yang kali pertama melancong ke Langkawi. Kami dapati pintu ke feri tak berkunci, dan tiada penjaga (termasuk penjaga kutipan tiket). Kami terus menuju ke arah feri tanpa pemeriksaan.... Begitulah salah satu kelemahan sistem keselamatan di jeti tersebut.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.