Nov 27, 2011

Pemandu Berkualiti



Ini adalah salah satu sikap/tabiat pemandu/penunggang yang tidak berkualiti,  saya rakam pada jam 7.20 pagi, 9 Jun 2012 di persimpangan Jalan Batu Uban/Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang:

 video

Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan seperti berikut:

Seksyen 42. Memandu secara melulu dan membahayakan
(1) Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, memandang kepada segala hal-keadaan (termasuk jenis, keadaan dan luas jalan dan kesesakan lalulintas yang ada atau mungkin ada di jalan itu) adalah merbahaya kepada orang awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.
(2) Mahkamah hendaklah memerintahkan butir-butir mengenai apa-apa sabitan di bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.
(3) Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini adalah hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh sepuluh tahun dari tarikh sabitan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.