Ada orang mendapat makan percuma kerana dibiayai (kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Syarikat dan seumpamanya) Beruntung la yer. Kalau sesiapa pernah menunaikan ibadat haji atau umrah, tentu kita pernah (kerap) makan percuma, yang disedekahkan oleh orang Arab (?). Alhamdulillah..semoga murah rezeki orang yang memberikan makanan tersebut.
Ada juga kita makan percuma kerana sahabat kita belanja makan. Pernah juga berlaku, saya makan percuma yang entah apa sebabnya yang saya tidak ketahui, iaitu apabila saya nak bayar, tuanpunya/pekerja kedai tu berkata, "Tak per boss, ada orang telah bayarkan..."
Tapi, pagi ni (1 November 2011), sekitar jam 7.05, semasa saya turun ke warung untuk membeli nasi tomato untuk makan di rumah, saya mendengar tuanpunya warung tersebut sedang berkata sesuatu kepada seorang lelaki berumur sekitar 40an, yang antaranya, "Bila nak bayar hutang makan? Dah bertahun makan tak pernah bayar. Kuih-muih nasi ni saya cuma amik komisyen jer. Kalu tak bayar, saya yang tanggung. Saya pun cari rezeki gak. Awak tu dok makan percuma yang haram, tau..". Ada juga orang yang dengan senang-lenang makan percuma yang haram sebegitu. Kesian pada tuanpunya warung (yang saya boleh agak, bukanlah seorang yang berharta banyak).
Apapun, sama-samalah kita menginsafi dan berterimakasih bahawa Allah SWT masih memberikan kita peluang untuk dapat menikmati makanan...ALHAMDULILLAH, SYUKUR NIKMAT...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.