Dari 3-6 Januari 2012, saya menginap di sebuah hotel 3 bintang yang terletak di pinggiran Putrajaya. Pada masa makan malam bagi 2 malam berturut-turut, HANYA SAYA SEORANG sahaja yang makan malam di restoran utama hotel tersebut. Walaupun di kaunternya terdapat 3 penyambut tamu, tetapi tiada tetamu yang datang makan malam. Apabila saya bertanya, "
Apa dah jadi?", mereka berkata, "
Awal tahun, encik...". Namun ada juga peramusaji yang dapat bertanya saya nak makan apa, dan mereka menyediakan "ala carte". Maka makan lah saya seorang diri... dan begitu juga untuk malam kedua. Ketika makan, suasana amat sunyi, sehinggakan bunyi sudu yang saya guna sedang "bertempur" semasa saya makan pun jelas berdenting keseluruh ruang dewan makan, he he he... Cuma malam ketiga, pelayan memberitahu, "
Malam ini kami sediakan "buffet" sebab ada ramai pelanggan"...tapi saya lihat, cuma 8 orang sahaja termasuk saya...hi hi hi... Makanan agak banyak...
Aneh, kan? Tapi benar!!!
Maka, ini sahaja la yang saya pilih untuk makan pada malam pertama saya menginap.....
Terdetik dihati saya, "Sampai bilakah saya dapat menikmati lagi makanan dan kelazatannya ini...? Bila-bila masa sahaja Allah SWT boleh menarik balik nikmat ini daripada saya...."
Apapun, doa saya kepada diri sendiri dan semua para pembaca Muslim (disamping berusaha dan berikhtiar), "Semoga kita senantiasa diberikanNya dengan limpahan rezeki yang halal dan bersih, dan dihindari daripada haram sifat dan sumbernya".
Pada 7-8 Mac 2012, saya menginap di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Pagi tu, saya adalah orang yang pertama turun makan di kafenya. Sekali lagi, saya makan bersendirian.... Cuma apabila saya hampir selesai makan, barulah kafe tersebut "diserbu" pengunjung....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.