It involves, inter alia,
A sound employment policy
Recruitment and selection policy
Adequate training
Initial instructions and guidelines for new staff
...the ultimate purpose is to maintain and upkeep industrial harmony.
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Assalamualaikum Prof.
ReplyDeleteNak tanyalah berkaitan tindakan sesetengah majikan bukan Islam terutama berbangsa Cina, yang melarang pekerja Islam bersolat.
Apa pandangan Prof? Saya bertanya sebab ada antara kawan di HBP dulu yang mengadu begitu.
Alaikummusalam...
ReplyDeleteBagi saya, kita tak boleh "menggadai" pegangan agama hanya kerana pendapatan. Dia mesti mencari pekerjaan yang tidak menghalangnya melaksanakan kewajipan Islam itu. Lagipun itu melanggar hak asasi beragama dan melanggar undang-undang.
Saya masih ingat, sewaktu saya belajar dahulu, semasa satu cuti semester, saya bekerja sebagai jurujual satu syarikat di satu ekspo, yang perniagaanya bermula jam 2 petang hingga larut malam. Pada setiap waktu asar dan manghrib, saya pergi solat di sebuah surau berhampiran. Taukehnya marah-marah kepada saya kerana meninggalkan tempat perniagaan, walhal ada orang lain lagi yang bekerja. Saya tak dapat melakukan solat di situ kerana tempat itu amat tidak sesuai untuk bersolat. Selepas 5 hari bekerja, saya diminta supaya berhenti kerja...
Mujurlah kawan tu dah pun bertukar tempat kerja di Perak. Itulah. Saya bukan perkauman atau terlalu ekstrim tetapi dalam hal ini memang nampak sangat tahap mana nilai nilai kenegaraan sesetengah orang bukan Melayu.
DeleteYang baik kita galakkan yang buruk kita jauhi.
Sama-sama kita pertahankan perkara untuk kebaikan. InsyaAllah.. sebab kita bukan mengejar "pendapatan", tetapi "rezeki yang halal dan toyyibah"
ReplyDelete