Mar 19, 2012

Berkongsi Ilmu 35: Bengkel Pengurusan Projek JPS

Pada 6-7 Mac 2012, saya mengendalikan bengkel Pengurusan Projek untuk Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Semenanjung Malaysia, yang diadakan di Institut Pembangunan Modal Insan, JPS, Panji, Kota Bharu. Para peserta adalah Jurutera pelbagai Unit/Bahagian. Terima kasih kepada saudara semua yang banyak mengemukakan isu, perbincangan, persoalan dan lain-lain, sehinggakan bengkel tersebut "bernyawa" dengan baik. Semoga "majlis ilmu" dua hari itu memberikan manfaat yang terbaik. InsyaAllah, kita berjumpa lagi.





Sesungguhnya ilmu yang diberikan kepada kita, yang boleh kita manfaatkan, adalah salah satu lagi cara untuk menguatkan lagi iman kita kepada Allah (SWT). Ia sama-sekali bukan untuk kita megah-megahkan... Saya kemukakan lagu "Iman Mutiara" oleh Raihan, untuk renungan kita bersama...


3 comments:

  1. Assalamualaikum Prof.

    Saya selalu tertanya tanya sebagai Pensyarah dan Penceramah apa persediaan yang perlu dan mesti dilakukan Prof selain tajuk utama?

    Macam Prof banyak beri ceramah dengan jabatan jabatan kerajaan, apa yang Prof sediakan untuk bahan ceramah tu?Berkaitan undang undang ke?

    Lain lain jabatan kerajaan pastinya isi ceramah berlainan?

    Ada apa apa tips atau pandangan waktu bersyarah atau berceramah?

    ReplyDelete
  2. Alaikummussalam
    Pertama, saya akan selalu ingatkan diri, bahawa saya kaan "berkongsi ilmu", dan bukan untuk menonjol bermegah diri. Kalau ada diberikan ganjaran kewangan, ia diharap menjadi rezekiyanh halal yang diredhoiNya (oleh sebab itu, antaranya, perlu dapatkan kebenaran Ketua Jabatan kita untuk melaksanakan kursus/bengkel tersebut). Kedua, saya akan dapatkan butiran orang yang akan hadir (jawatan, profesion, badan/organisasi) sebab nak disesuaikan dengan topik. Ketiga, saya akan sesuaikan perbincangan (slides, video, dll) berasakan peserta tadi. Biasanya slides umum sudah ada dalam simpanan saya. Saya akan kemaskini dan ubahsuai sepatutnya. Perlulah kita ingat, semasa kursus/bengkel, jangan perlekehkan peserta (walaupun mungkin soalan yang dikemukakan nampak dangkal, dll). Akhirnya, kerapkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga perjalanan kita pergi dan balik dan perjalanan bengkel/kursus dipermudahkanNya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.