Nov 26, 2012

TIDAK SETIA Kepada Allah (s.w.t)?



Perlu diketengahkan bahawa dalam undang-undang Islam, ketidaksetiaan yang paling serius kesannya adalah orang Islam yang tidak setia kepada Allah (s.w.t.), yang akan tergolong ke dalam kelompok murtad — dimana dia akan hilang kehidupan sejahtera di akhirat yang kekal. Allah (s.w.t.) berfirman, yang maksudnya,
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Baqarah: 217)
Ayat ini menunjukkan bahawa amal orang murtad dihapus di dunia dan di akhirat. Seterusnya Allah (s.w.t.) juga ada berfirman, yang bermaksud,
Bagaimana Allah akan menunjukkan kepada suatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman, serta mereka telah mengakui bahwa Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul, dan keterangan-keterangan pun telah datang kepada mereka? Allah tidak akan menunjukkan orang-orang yang zalim.
(Ali Imran:  86)

Nov 25, 2012

Ajaran Songsang...

Pada suatu petang minggu terakhir bagi tahun 1433 Hijrah, seorang "hamba Allah" telah berkata seperti berikut kepada saya...
Kita nie kena hidup berprinsip...
Prinsip pertama, BUAT BAIK BERPADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI...
Prinsip kedua, ALANG-ALANG MENYELUK PENGKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.

Saya pun bertanya, yang pertama tu, apa maksudnya?
Dia menghuraikan, KALAU NAK BUAT BAIK TU BERPADA JER LA...JANGAN TERLALU BANYAK.. TAPI KALU NAK BUAT JAHAT, JANGAN SEKALI JER..KENA BANYAK KALI...
Saya menjawab: Oooo...macam tu ka????
Yang kedua tu pulak?
Dia menghuraikan, KALAU NAK MENYELUK PENGKASAM, MAKSUDNYA TEMPAT YANG MENGGATALKAN TANGAN, SELUK LA SAMPAI HABIS KE HUJUNGNYA. MAKSUDNYA, KALAU DAH BUAT BENDA TAK ELOK, BUAT SAMPAI HABIS...
Saya menjawab: Oooo..macam tu ka????

Kat mana kamu belajar ni? Siapa guru kamu?
Dia menjawab, REKA SENDIRI...
Ha, tu la, belajar tanpa berguru. Tu dah jadi "ilmu salah"!!!!

KAMU NI DAH MEMASUKI AJARAN SONGSANG, tau!!!!
HATI-HATI YER JIKA MENTAFSIR PERIBAHASA, PEPATAH DAN SEGALA MACAM...
MACAM MANA LA PULAK KAMU NAK TAFSIR AYAT AL-QUR'AN.....

Dia cuma tersengiiih jer...sselamba...dan berlalu...

Eh, betul ker otak fikiran orang nih????, "semacaaaammm" jer.....

Nov 18, 2012

Ziarah Ke Rumah Abang Jali

Pada 17 November 2012, saya dan keluarga menziarahi rumah Abang Jali dan keluarga di Felda Jengka 22, Jengka, Pahang. Berikut gambar-gambar kenangan kami. Semoga Abang Jali dan keluarga dimurahkan rezeki (kebetulan sekarang ni keluarga peneroka Felda rata-rata memang murah rezeki, kan?), dan dalam kesihatan terbaik, serta dalam perlindungan terbaik Allah swt.. Aamiiin....














Jambatan Pulau Pinang Waktu Senja

Gambar ini saya rakam pada 1 Mei 2012, sekitar jam 7 petang...




Ini pula gambar yang saya rakam pada senja 15 Disember 2012

AES...eisss...ish..iissshhh...


AES adalah singkatan kepada Automated Enforcement System, atau Sistem Penguatkuasaan Berautomat.

Cuba baca cerita berikut:
Pada 2 November 2012, saya sedang memandu dari arah Seremban ke arah Pulau Pinang, menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Sekitar jam 11 pagi, semasa saya sedang memandu di lorong kiri, di satu kawasan di selatan Perak, saya melihat sebuah kereta BMW hitam yang dipandu "agak laju" (sebab pada masa itu saya melihat meter kelajuan kenderaan saya sekitar 108km/j dan BMW tersebut meluncur memotong laju di kanan saya), diekori rapat oleh sebuah lagi MPV mewah, tak silap saya jenis toyota. Tiba-tiba BMW tersebut memperlahankan kenderaannnya secara mengejut, menyebabkan kenderaan yang mengekor rapat di belakangnya membrek mengejut (kerana saya terdengan bunyi kesan tayar dibrek mengejut kriieeekk...), dan tiba-tiba saya melihat satu nyalaan lampu cerah dari arah tepi jalan di kiri saya, yang saya lihat rupa-rupanya, kamera AES!!! Fuuuh..kemalangan yang hampir berlaku kerana sikap pemandu? atau kerana AES?

Cuba analisis analogi berikut:
Sebuah bas atau sebuah lori, mengikut undang-undang pengangkutan, hanya boleh dipandu paling laju 90km/j di lebuhraya. Jika bas atau lori tersebut dipandu 109km/j, maka AES masih tidak dapat mengesan "kesalahan" mamandu melebihi 110 km/j kerana bas atau lori tersebut dipandu tidak melebihi 110km/j. Jadi, pemandu bas atau lori (kedua-duanya jenis "raja jalan") tersebut "terlepas" daripada tindakan undang-undang kerana memandu melebihi had laju yang dibenarkan, walhal bas atau lori tersebut memang telahpun dipandu "melebihi had laju dibenarkan", kan?

Cuba selami pengalaman saya ini...
Pada 2 November 2012, saya sedang memandu dari arah Seremban ke arah Pulau Pinang, menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Sekitar jam 9 pagi, semasa saya sekitar kawasan Putrajaya, tiba-tiba 4  ekor (saya ulang, "ekor") motosikal besar berkuasa tinggi "mencilok beberapa kenderaan termasuk kenderaan saya dengan melalui sisi kiri dan kanan kenderaan-kenderaan (yang pada masa itu agak banyak) dan melalui lorong kiri dan kanan, lagak berlumba di litar lumba, dengan "amat laju" macam pelesit!!!! Adakah, AES "mampu" menguatkuasakan had laju kepada 4 ekor penunggang ini yang menunggang dengan amat membahaya dan bukan dengan lagak manusia???

Cuba baca berita berikut:
18 November 2012 | last updated at 08:56AM
Attitude U-turn with AES
By NURADILLA NOORAZAM | news@nst.com.my 0 comments
KUALA LUMPUR: AN expert on the controversial Automated Enforcement System (AES) has denounced a suggestion put forth by consultants hired by the Pakatan Rakyat coalition that the system should only be enforced when the country's annual road fatalities reach 30,000.
A leading authority in the Intelligent Transport System (ITS), Dr Khoriri Mohd Dimyati, said the 6,877 deaths a year are an overwhelming number for the country's population of 28 million.
"According to a research conducted by Malaysia Institute of Road Safety Research (Miros) last year, over 17 people die in road accidents every day.
"If we want to wait until there are 30,000 deaths per year, that would mean 80 deaths per day. What would happen to the population?"
He said the country would suffer if no efforts were made to curb the fatal accident rates, notwithstanding Miros's research on road fatalities last year also stated that the country incurs losses up to RM1.2 million for each road fatality.
The 30,000 threshold was among suggestions by the Pakatan-appointed consultants that were published in an online news portal on Wednesday, and comparisons were also drawn between road fatality cases in Malaysia and of highly-populated countries like India and Indonesia.
In dismissing the suggestion, Khoriri claimed that some advanced countries have adopted the AES despite experiencing fewer road fatalities than Malaysia, citing Sweden as an example where the AES was implemented after just one roadside accident.
The Universiti Teknologi Mara (UiTM) lecturer added that the North European nation, with a population of nine million, experiences only two road fatalities per year since the AES was brought in.
Malaysia implemented the AES on Sept 23, but this decision has been met with backlash from various quarters, particularly from the opposition coalition.
In addition, the summons at RM300 was regarded as burdensome to the people. Khoriri, however, pointed out that the implementation of AES was not about issuing summonses.
"The AES was designed to create a healthier and safer driving attitude among road users, driven by the 'POBC' concept -- the Perception of Being Caught.
"Just imagine when there is a roadblock up ahead or a traffic officer. Drivers would immediately check their seatbelts and put away their mobile phones.
"They would not want to get caught breaking any traffic laws and this is what we want the system to do, to create this attitude. So instead of placing enforcement officers, we use cameras, which are more cost-effective," he said.
The Newcastle University graduate said the system would address limitations of insufficient number of enforcement officers.
He said that previous traffic operations were only able to bring about 40 per cent POBC awareness among drivers, compared to 25 per cent when there is no operation, adding that he is confident the AES would generate 75 to 80 per cent POBC awareness in the long run.
In Kuala Terengganu, A. Azim Idris reported that the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) has called on the Road and Transport Department to provide a briefing on the AES.
Cuepacs president Datuk Omar Osman said while the union was not opposed to the system, he was concerned whether summonses would be issued to government drivers caught speeding while driving government vehicles.
"If they (the drivers) are caught on camera, they would be the ones who would have to foot the bill, not their offices or bosses," he said, adding that as drivers were sometimes instructed to exceed the speed limit by employers who were rushing to appointments.
He added the matter would be brought up at the Health Ministry Drivers Union meeting in Johor soon.
Read more: Attitude U-turn with AES - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/attitude-u-turn-with-aes-1.172866#ixzz2CXGXxt8N
  
Persoalan: Berapa peratuskah daripada jumlah kematian atau kemalangan tersebut yang "disumbangkan" oleh memandu melebihi had laju? Sudahkah dikaji juga, dan diambil cara berkesan pemandu yang memandu semasa tidak sesuai memandu (mabuk, sakit, terlalu letih dll)?, memotong di sebelah kiri, memotong sewewang-wenang (kerana aku besar, aku hebat dll.) walaupun terdapat kereta yang datang dari hadapan, membuat pusingan U secara tiba-tiba, termasuk oleh kenderaan agensi penguatkuasa sendiri, melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, dan sebagainya?
Bagaimana pula jumlah kemalangan yang berlaku akibat kecuaian pihak lain, misalnya semasa kerja membaiki jalan (dan kurang/tiada langkah keselamatan kepada pemandu dilaksanakan), rekabentuk jalan yang tidak wajar, perletakan tanda lalulintas yang bercelaru, jalan rosak yang tidak diambil tindakan responsif segera, halangan di jalan yang diluar jangkaan pemandu seperti haiwan melintas, banjir kilat, jalan runtuh dll, mutu jalan  yang rendah (bahan, ketebalan, benjol-benjol dll), , dan sebagainya?
Lihat contoh berikut tentang "kecelaruan" tanda isyarat lalulintas (gambar dirakam pada jam10.35 pagi 19 November 2012, di km 8, jalan Simpang Pulai-Kampung Raja, Cameron Highlands)

 Sebelum ini, pemandu diarahkan memandu tidak lebih 6o km/j, dan kemudian terserempak dengan tanda isyarat "boleh memandu tidak lebih 90 km/j", tetapi tiba-tiba di hadapan sekitar 20 meter, terpampang tanda had laju 50 km/j!!!!

Cuba baca berita ini, yang jika benar, tentunya "mendebarkan" hati SETIAP pemandu, termasuk saya...
A blunder by the AES (Automated Enforcement System) control centre in Perak caused a factory manager in Penang to be erroneously slapped with a speeding summons, Sin Chew Daily reported yesterday.
To rub salt into the wound, state Road Transport Department (RTD) officials he approached gave him the runaround and eventually told him to write to their director-general to resolve the matter.
Factory manager CK Leong, who drives a black Toyota Harrier with plate number PKR 181, received the summons on Oct 18 stating that his vehicle was captured going at 145kmph at Km204.6 of the North-South Expressway at 12.34pm on Oct 10.
Upon checking the summons, he found that the actual vehicle caught speeding was a white Toyota Camry with the number plate PKR 1811.
The ticket indicated that Leong must settle the compound fine of RM300 by Dec 11, failing which he will have to appear at the magistrate’s court in Taiping on Jan 7.
Leong, 34, said he approached the local RTD office but none of the officers knew how to deal with the matter although he brought his vehicle along and pointed out to them the glaring error in the AES summons.
The officers gave him the address of the RTD director-general in Putrajaya and told him to write to explain his case.
An irate Leong told a press conference at Bukit Mertajam on Sunday that apart from writing to the RTD chief, he had also lodged a police report.
Padang Lalang assemblyman Tan Cheong Heng said it was a clear case of human error committed by the AES control centre in Perak which obtained Leong’s particulars from the RTD’s database.
He said the centre should have checked and compared the colour and make of Leong’s vehicle with the speeding car before sending out the summons notice.



Cuba baca berita ini, yang jika benar, tentunya "mendebarkan" hati SETIAP agensi yang terlibat, termasuk saya (yang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang agensi kerajaan dan pegawai penguatkuasaan agensi berkaitan pengangkutan jalan)... 
(Soalan: Jika alat sedemikian efektif, ia cuma "bermanfaat" kepada orang yang berupaya, mampu, dan tidak lupa, orang kerap "berlumba" di jalan raya...dan tiada pihak yang dapt mengambil tindakan, kan?)
AES Detector application is developed to assist drivers to detect the new launching AES Camera.  System will auto trigger alert sound to remind you when detected any AES Camera within 1000 meter from your driving point. Make sure you turn on your mobile phone speaker in order to hear the alert sound. …
    aes detector for blackberry
    Aes detector
    aes detector blackberry
    download aes detector for blackberry
    blackberry aes detector
    AES detector application for blackberry
    aes detactor for blackberry
    AES detector for download for blackberry
    aes detector malaysia
    free download aes detector
http://aescameras.com/aes-detector/ (Diakses 18 November 2012)

Betul tak, AES masih "menangkap" pemandu yang memandu 81 km/j di kawasan had laju 80km/j, kan?

Betul tak, masih terdapat banyak kawasan jalan yang had laju yang dikuatkuasakan adalah "tak munasabah"? Contohnya, di kawasan yang dahulunya, tahun 1970an atau 1980an, memang sesuai dilatakkan tanda had laju 60 km/j, tetapi jalan tersebut kini telah dilebarkan dan diluruskan, tetapi tahun 2000an masih ditandakan 60 km/j, kan?

Atas pelbagai isu dan anomali di atas, sepatutnya AES CUMA SESUAI di persimpangan jalan sahaja, dan buat masa ini TIDAK SESUAI ditempatkan untuk mengawal had laju pemanduan. Kehadiran pegawai agensi penguatkuasa masih relevan, masih lebih sesuai, dan masih lebih berkesan, dan disamping itu, MEMPUNYAI INSANI dan budibicara yang baik, berbanding AES...

Pihak berkuasa tentunya sedang dan akan membaiki kelemahan yang terbit daripada pihak mereka sendiri, kan? Kita ini, KERAJAAN YANG BAIK, maka tentunya kita semua mencari yang terbaik, sebab pada akhirnya, apa sistem dan kaedah sekalipun, dan dalam apa jua bidang sekalipun, ia akan tertumpu dan menjurus kepada menjaga kebajikan rakyat terbanyak, kan?

Majlis Pertunangan Abang Ngah: 2

Pada 17 November 2012 (3 Muharam 1434) saya dan ahli keluarga ke Jengka 24, Pahang bagi Majlis Pertunangan anak lelaki saya, Luqman Nulhaqem (Abang Ngah) di Jengka 24, Pahang. Alhamdulillah majlis berjalan meriah dan bagus sekali. Berikut sebahagian lagi gambar-gambar kenangan...



















Majlis Pertunangan Abang Ngah: 1

Pada 17 November 2012 (3 Muharam 1434) saya dan ahli keluarga ke Jengka 24, Pahang bagi Majlis Pertunangan anak lelaki saya, Luqman Nulhaqem (Abang Ngah) di Jengka 24, Pahang. Alhamdulillah majlis berjalan meriah dan bagus sekali. Berikut sebahagian gambar kenangan...















Nov 17, 2012

Kemalangan Awal Pagi Sabtu 17 November 2012

Sekitar jam 8 pagi sabtu 17 November 2012, sekitar pinggiran Merapoh, jalan Kuala Lipis-Gua Musang, berlaku kemalangan secara bertentangan diantara dua buah kereta (sebuah proton perdana yang datang dari arah Kuala Lipis) dengan sebuah kereta Naza Ria (yang datang dari arah Gua Musang). Ia berlaku di selekoh 90 darjah, yang merupakan jalan sementara yang dalam pembinaan. Kereta perdana tercabut tayar, selain remuk di depan dan sisi, dan Naza Ria remuk di bahagian depan...