Nov 5, 2012

Subsidi...Untuk Renungan....



Dengan mengambil daripada takrif “subsidi” daripada Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Subsidi ) (21 Otober 2012), yang bersumberkan  Economic Development, 2009. Edisi ke-10, Addison Wesley. ISBN 978-0-321-48573-1, perbincangannya adalah seperti berikut (dengan penyesuaian):
Subsidi merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada suatu perniagaan atau sektor ekonomi. Kebanyakan subsidi dibuat oleh kerajaan kepada pengeluar atau pengedar di dalam sebuah industri untuk mencegah kemerosotan industri itu (i.e. sebagai hasil dari satu kesinambungan ketidakuntungan operasi) atau suatu kenaikan harga produk.
Contoh-conoth lain adalah subsidi-subsidi untuk menggalakkan jualan eksport; subsidi-subsisi ke atas beberapa makanan untuk mengekalkan kos sara hidup, terutamanya di kawasan perbandaran; dan subsidi-subsidi untuk menggalakkan pengembangan pengeluaran ladang dan menjayakan kepergantunngan diri di dalam penghasilan makanan.

Daripada perspektif Pemerintah/Kerajaan Malaysia, “subsidi” adalah bantuan kewangan disediakan kerajaan bagi memastikan harga bagi beberapa barangan dan perkhidmatan berpatutan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan barangan dan perkhidmatan berkenaan.

October 07, 2012
BACHOK, 7 Okt — Pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram boleh membantu mengurangkan kegiatan penyeludupan bahan itu ke negara jiran selain menggalakkan rakyat mengurangkan gula dalam makanan dan minuman.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata perbezaan harga yang sangat ketara berbanding negara jiran sebelum ini menjurus kepada kegiatan penyeludupan gula yang sukar dibendung.
Pengurangan itu sekali gus merapatkan sedikit jurang harga iaitu RM2.50 sekilogram (di Malaysia) berbanding RM3.30 sen sekilogram di negara jiran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Kerajaan dijangka menanggung bebanan subsidi berjumlah RM18.92 billion bagi barang-barang kawalan bersubsidi pada tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya daripada jumlah itu, sebanyak RM17 billion diperuntukkan untuk subsidi bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), RM1.2 bilion (minyak masak), RM567 juta (gula) dan selebihnya untuk tepung gandum.
Pada tahun 2010, kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM17 billion bagi subsidi tersebut, dan subsidi untuk barang kawalan dijangka terus meningkat tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada 300 penduduk kaum India dan Cina di kawasan Parlimen Bera di sini, Jumaat.

Ismail Sabri berkata peningkatan subsidi itu adalah kerana senario kenaikan harga yang turut berlaku di seluruh dunia ketika ini.
Antara faktor kenaikan harga barangan itu ialah peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus sedangkan pengeluaran makanan dunia hanya meningkat sebanyak satu hingga dua peratus sahaja,” katanya.
Selain itu, katanya keadaan cuaca tidak menentu seperti kemarau berpanjangan dan kejadian bencana alam lain menyebabkan pengeluaran barangan makanan terjejas di beberapa negara pengeluar utama. Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera, berkata....
Kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan harga barangan keperluan seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, petrol RON95, diesel dan gas LPG sentiasa terkawal dan stabil,” katanya
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/21/mstar_berita/20120120201641&sec=mstar_berita Sabtu Januari 21, 2012

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.