Nov 25, 2012

Ajaran Songsang...

Pada suatu petang minggu terakhir bagi tahun 1433 Hijrah, seorang "hamba Allah" telah berkata seperti berikut kepada saya...
Kita nie kena hidup berprinsip...
Prinsip pertama, BUAT BAIK BERPADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI...
Prinsip kedua, ALANG-ALANG MENYELUK PENGKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.

Saya pun bertanya, yang pertama tu, apa maksudnya?
Dia menghuraikan, KALAU NAK BUAT BAIK TU BERPADA JER LA...JANGAN TERLALU BANYAK.. TAPI KALU NAK BUAT JAHAT, JANGAN SEKALI JER..KENA BANYAK KALI...
Saya menjawab: Oooo...macam tu ka????
Yang kedua tu pulak?
Dia menghuraikan, KALAU NAK MENYELUK PENGKASAM, MAKSUDNYA TEMPAT YANG MENGGATALKAN TANGAN, SELUK LA SAMPAI HABIS KE HUJUNGNYA. MAKSUDNYA, KALAU DAH BUAT BENDA TAK ELOK, BUAT SAMPAI HABIS...
Saya menjawab: Oooo..macam tu ka????

Kat mana kamu belajar ni? Siapa guru kamu?
Dia menjawab, REKA SENDIRI...
Ha, tu la, belajar tanpa berguru. Tu dah jadi "ilmu salah"!!!!

KAMU NI DAH MEMASUKI AJARAN SONGSANG, tau!!!!
HATI-HATI YER JIKA MENTAFSIR PERIBAHASA, PEPATAH DAN SEGALA MACAM...
MACAM MANA LA PULAK KAMU NAK TAFSIR AYAT AL-QUR'AN.....

Dia cuma tersengiiih jer...sselamba...dan berlalu...

Eh, betul ker otak fikiran orang nih????, "semacaaaammm" jer.....

2 comments:

  1. Salam Prof

    Ajaran songsang.

    Sesama kami di HBP USM dulu juga ada ajaran songsang. Ketara sekali selepas diberikan keperluan tugasan.

    Esok lusa akan adalah penambahan demi penambahan pada keperluan tugasan tadi, dalam sirkulasi sesama pelajar, disebabkan tafsiran tafsiran sendiri dan rasa ragu ragu, selalunya kami turutkan ajaran songsang tadi.In case.

    Haha.

    ReplyDelete
  2. Salam
    He he... Dan...harap kita sama-sama MEMBENTERAS la yer ajaran songsang sedemikian....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.