"Kajian saintifik dan akal munasabah menyatakan bahawa lebah tidak akan dapat terbang kerana sayapnya pendek, dan mempunyai tubuh yang besar..."
Lebah: Perkara am
Berikut ini petikan daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Lebah
(diakses 5 November 2012)
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda
Kelas: Insecta
Order: Hymenoptera
Suborder: Apocrita
Superkeluarga: Apoidea
(unranked): Anthophila
Famili:
Andrenidae (lebah liar yang suka tinggal dalam
lubang tanah)
Apidae (Lebah madu)
Colletidae
Dasypodaidae
Halictidae
Megachilidae (Lebah pemotong daun)
Meganomiidae
Melittidae
Stenotritidae
Sinonim
Xylocopidae (Lebah tukang kayu)
Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial
yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam
mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira
20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
“Lebah”
daripada perspektif Al-Qur’an dan Hadith:
Terdapat satu surah khusus atas jodol “lebah”,
iaitu An-Nahl.
“Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah:
‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di
tempat-tempat yang diciptakan manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam)
buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya
terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang
memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)
“Perumpamaan jannah yang djanjikan kepada
orang-orang yang bertaqwa yang didalamnya terdapat sungai-sungai dari air yang
tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah
rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai
dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam
buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, (Apakah) itu sama dengan orang yang
kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga
memotong susnya?” (Muhammad : 150)
Hadith riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Al-Bazzar Rasulullah
saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang
bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan
tidak merosak atau mematahkan (yang dihinggapinya).
Hadis riwayat Ibnu Majah, Rasulullah saw bersabda:
"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu
madu dan al-Qur’an."
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw
bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada
setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Hadith riwayat Muslim, daripada Abu Said Al'Kudri
r.a. katanya: "Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu
ia berkata, "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air",
Sabda Rasulullah SAW. "Minumlah madu kepadanya": Lalu diminumkan madu
kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada Rasulullah S.A.W lalu katanya
" Telah ku minumkan madu kepadanya
tetapi sakitnya bertambah", Rasulullah S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu
supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W.
terus menyuruhnya supaya meminum madu, Kata orang itu, "Aku telah
menyuruhnya meminumnya Ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga".
Sabda Rasulullah S.A.W. "Allah Maha Besar, perut saudaramu itulah yang
dusta". Lalu diminumnya pula madu, maka sembuhlah saudaranya".
Pendapat
para Khalifah Islam tentang madu (lebah)
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah
ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan
lendir dan membersihkan hati”.
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
“Rasul saw sangat menyenangi madu“.
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
“Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum madu dan membaca
Al-Quran”.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.