Nak cuba buat (dan makan, he he he...) agar-agar peach bercampur anggur kering? Mudah jer... Buah Peach dalam tin tu dimasukkan ke dalam periuk bersama airnya, tambah gula, masukkan agar-agar, buah anggur kering sekadar yang sesuai, dan secubit garam. Tambah air secukup dan sepatutnya.
Masak dengan api sederhana. Kacau perlahan-lahan. Setelah semua agar-agar hancur, dan sudah hampir diangkat dari dapur, perahkan sedikt limau nipis, dan kacau, serta terus diangkat, dan sejukkan.
Selamat mencuba.
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Jul 31, 2013
Jul 28, 2013
Masjid Seriab yang saya kunjungi
Masjid ini, namanya Masjid Al-Mustaqim, terletak di Kampung Seriab, Kangar, Perlis.
Ia hanya sebuah masjid yang "biasa-biasa" jer... Tak ada yang istimewanya bagi kebanyakan orang. Namun saya nak kongsikan beberapa perkara tentang masjid ini:
Pertama, kerana namanya "Al-Mustaqim", yang kebetulan namanya hampir sama dengan nama salah seorang anak lelaki saya (yang saya sendiri meletakkan nama itu semasa mendaftarkan kelahirannya dahulu), iaitu "MUSTAQEM", yang bermaksud "jalan yang lurus". Ungkapan ini terdapat di dalam al-Qur'an, termasuk di dalam surah "Al-Fatihah".
Kedua, kerana siri peristiwa yang saya lalui di situ. Ceritanya begini: Setelah mendaftarkan diri di sebuah hotel berhampiran kawasan "Mini Putra Jaya Kangar" (Pusat Pentadbiran Baru Negeri Perlis) pada sekitar jam 3 petang, 21 Julai 2013 (12 Ramadhan 1434), maka saya "melilau" (ungkapan orang Utara, yang bermaksud "berputar-putar sana sini") mencari tempat untuk saya berceramah pada keesokan harinya, disamping mencari tempat untuk saya membeli sedikit makanan untuk dimakan selapas terawikh, dan juga mencari tempat untuk saya bersolat terawikh untuk 3 malam berikutnya. Setelah bertanya seorang lelaki di situ dan juga penyambut tamu hotel, maka saya pun menuju ke arah masjid tersebut...Alhamdulillah saya jumpa... Emm, selesai la hal untuk meneruskan agenda berterawikh...
Sekitar jam 8.30 malam itu, saya bergegas ke masjid itu kerana bimbang tak ada tempat meletak kenderaan. Alhamdulillah... cuma baru 4 buah kereta yang berada di kawasan masjid itu, dan beberapa motosikal, dan masih banyak tempat masih kosong. Selepas menunggu seketika dan selepas solat tahyatul masjid, maka azan dikumandangkan. Selepas solat isya', dan, sebelumnya, menunaikan solat sunat Qabliah (sebelum solat Fardhu), dan selepasnya menunaikan soolat sunat Ba’diah (selepas solat Fardhu), maka Imam pun terus memulakan solat terawikh, tanpa ada bacaan selawat dan sebagainya. Selepas setiap salam pun, tidak ada doa dan selawat serta zikir diungkapkan, dan diteruskan dengan terawikh berikutnya. Cuma selepas 4 raka'at, diadakan tazkirah pendek. Kemudian diteruskan dengan 4 rakaat (2 salam) solat terawikh, dan kemudian diteruskan pula dengan 3 rakaat solat witir (tetapi dengan satu salam)(bukan kebiasaanya 2+1 rakaat). Setiap permulaan bacaan, termasuk Al-Fatihah, saya tidak mendengar Imamnya mengungkapkan "Bismillah hirrohmaa nirrohiiim".
Selesai solat, tidak ada selawat dan doa yang diungkapkan...Dan solat pun berakhir..., dan kami pun bersurai...
Bagi saya yang belum pernah mengalami kaedah sedemikian (yang saya percaya bukannya salah), saya terasa diri saya ini seolah-olah "sombong dan kedekut" sangat kepada Allah swt dan Rasulullah saw kerana tidak mengungkapkan doa dan selawat... Tiba-tiba rasa sayu melanda diri saya, sebab banyak guru berpesan kepada saya, "banyakkan berzikir, berselawat, banyakkan berdoa, terutama di bulan yang mulia ini..."
ALLAH SWT berfirman: “Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu.”
(Al-Qur'an Surah Ghafir: 60)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH membebaskan hamba-hambaNya dari api neraka setiap hari dan malam pada bulan Ramadan. Dan sungguh setiap Muslim memiliki satu doa yang mustajab di bulan ini.”
(Hadith riwayat Al-Bazzar)
Satu lagi peristiwa (walaupun kecil sahaja, tetapi menyentuh juga hati saya) adalah tentang adab seorang jemaah lelaki. Pada malam ketiga, iaitu malam terakhir, saya masuk ke masjid tersebut sekitar jam 8.40 malam, dan terus ke arah syaf paling hadapan di kiri (arah menghadap Qiblat), dan terus solat tahyatul masjid, dan terus kekal duduk di situ sambil menunggu masuk waktu isya". Tetiba saya tersentak apabila seorang lelaki masuk di kiri saya dan menguiskan bahagian paha saya dengan kakinya, seraya berkata, "Hah, aleh sikit!", dengan nada dan cara agak kasar. Maka saya menganjakkan diri ke arah kanan. Barulah saya teringat bahawa 2 malam sebelumnya, memang saya lihat "orang itu" menggunakan tempat itu, dan seperti tempat itu dah ditempah olehnya, dan orang lain "jangan duduk di sini yer". Tapi cara orang berkenaan "menghalau" saya dari "tempat lazimnya" itu, saya kira "tidak wajar", kan? Apapun, saya maafkan dia...

Jul 24, 2013
Anti-theft: Really?
“Anti-theft“ as defined by Random House Kernerman Webster's College Dictionary (2010) means
“preventing or discouraging theft”. The
American Heritage Dictionary of the English Language (2000), 4th. Edition,
defines, as adjective, anti-theft as “designed to prevent theft”. Collins English Dictionary – Complete and
Unabridged (2003) defines anti-theft as (of a device, campaign, system,
etc.) designed to prevent theft.
But, what if the said device is also subjected to be
stolen by thief? Or taken by someone... Then there will be no more “anti” theft.
Is it true?
Jul 20, 2013
"KANAK-KANAK DEWASA"
Semasa menunggu untuk bersolat jumaat di sebuah masjid di satu kampus universiti pada 19 Julai 2013, terdapat beberapa pemakluman yang dibuat oleh pihak masjid, antaranya,
"MOHON KERJASAMA KANAK-KANAK DAN ORANG DEWASA AGAR TIDAK MEMBUAT BISING SEMASA IMAM SEDANG MEMBACA KHUTBAH".
Sebelum ini, pengumuman di masjid yang sama pada setiap sebelum masuk waktu zohor pada hari jumaat adalah seperti berikut:
"MOHON KERJASAMA KANAK-KANAK AGAR TIDAK MEMBUAT BISING SEMASA IMAM SEDANG MEMBACA KHUTBAH".
ITULAH AKIBATNYA JIKA TERDAPAT SEGELINTIR "KANAK-KANAK DEWASA" YANG TAK FAHAM ATAU TAK RETI BAHASA, YANG MASIH BERBORAK KETAWA HILAI SEMASA KHATIB SEDANG MEMBACA KHUTBAH, he he he...
Kejadian tersebut tidaklah SETERUK yang pernah saya dengar, iaitu seperti berikut:
Pada sekitar akhir tahun 2011, semasa saya singgah di suatu Masjid Daerah di sebuah negeri di pantai timur, khatib yang sudah pun mula membaca khutbah, tiba-tiba menyatakan berikut dengan nada yang lebih kuat daripada isi khutbah sebelumnya, iaitu,
"WAHAI MAKMUM YANG BERADA DI LUAR MASJID INI SEKARANG, SAYA MENYERU KEPADA ANDA SEMUA SUPAYA MASUK KE DALAM MASJID, DAN JANGAN MEMBUAT BISING", ...ha ha ha....
ITULAH AKIBATNYA JIKA TERDAPAT SEGELINTIR "KANAK-KANAK DEWASA" YANG TAK FAHAM ATAU TAK RETI BAHASA, YANG MASIH BERSANTAI DI LUAR MASJID, SAMBIL BERBORAK KETAWA HILAI SEMASA KHATIB SEDANG MEMBACA KHUTBAH, he he he...
Pada sekitar januari tahun ini, semasa saya masuk ke dalam sebuah lif di sebuah pangsapuri, saya lihat terdapat beberapa contengan di dinding lif, termasuk pada satu notis pemakluman yang ditampalkan di dalam lif tersebut. Pada masa itu terdapat 3 orang lagi orang dewasa di dalam lif tersebut bersama saya, iaitu 2 lelaki dan seorang wanita. Lalu secara spontan saya berkata seperti berikut:
"SUSAH SUNGGUH NAK FAHAM PERANGAI BUDAK-BUDAK NI..", sambil tangan saya menuding ke arah contengan-contengan tersebut.
Lalu salah seorang pengguna lif (lelaki) menjawab,
"TAPI KAWASAN DICONTENG NI TINGGI. TENTU BUKAN BUDAK YANG BUAT KERJA NI.."
Saya spontan menjawab,
"KERJA BEBUDAK DEWASA LA NI. UMOR DAH DEWASA, TAPI OTAK BUDAK"
Kami semua ketawa serentak...
Itulah akibatnya jika terdapat "kanak-kanak dewasa".. kan?
Ini pula berita dari akhbar Harian Metro http://www.hmetro.com.my/articles/Mangsamercunpalingsenior//Article (3 Ogos 2013)
... seorang bapa tunggal empat anak cedera di tangan kiri dan badan, malah mengalami masalah pendengaran apabila mercun itu tiba-tiba meletup ketika dinyalakan sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung ...., kelmarin. Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, mangsa, ......, 55, dipercayai mangsa mercun tertua di negara ini dibawa ke Hospital .... oleh jirannya sebelum dirujuk ke Hospital ..., untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil. Menceritakan kembali kejadian itu, ....berkata, sebelum kejadian, dia sedang bersendirian di depan rumahnya dan ketika berjalan-jalan, dia ternampak sebiji mercun bola yang masih mempunyai sumbu. Katanya, dia memberanikan diri dengan mengambil mercun itu dan memeriksanya sama ada masih boleh digunakan atau rosak. “Saya menyalakan mercun itu kerana mahu menguji sama ada masih elok atau rosak.
Jadi, harapnya, kita bukanlah tergolong di dalam kategori "KANAK-KANAK DEWASA" la yer...

Jul 14, 2013
RIBA...
Riba adalah dalam kata asal Arab yang sama ertinya dengan al-ziyadah
(tambahan). Daripada aspek yang mudah, ia bermaksud menambah atau menaikkan
daripada nilai asalnya. Takrif ini disandarkan kepada satu hadis Riwayat
Al-Syaikhan dengan riwayat Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah
bersabda bahawa "Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan
gandum, syair dengan syair, kurma dengan kurma dan garam dengan garam
dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang manambah atau
minta tambah maka ia telah malakukan riba, baik yang meminta maupun yang
memberi, dalam hal itu sama saja”.
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat
berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan
terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan
mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya
berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan
berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah
sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari
mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman
itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan
sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli
neraka,mereka kekal didalamnya.” [Al-Baqarah:275]
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada
pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh
itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu),
maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya,
(akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu
(yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu
tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa [Al-Baqarah:
278-279]
Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia
bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan
apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan
Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan
(pahalanya) [Al-Rum: 39]
Dari Usamah bin Zaid r.a, katanya Nabi s.a.w bersabda:Sesungguhnya riba itu boleh berlaku pada jual beli secara
hutang (kredit).
Dari Jabir Ibn Abdillah telah berkata:
Rasulullah SAW menglaknat sesiapa yang memakan (harta) riba, yang menjadi
wakil, penulis (bagi kontrak) dan
saksi-saksi, Baginda telah berkata: Mereka semua sama) [Hadis Sahih Riwayat Muslim]
Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah kamu
daripada tujuh dosa-dosa besar: Syirik kepada Allah dan Sihir, bunuh manusia
yang diharamkan darahnya oleh Allah, memakan (hasil) riba, memakan harta anak
yatim,…)[ Hadis Sahih Riwayat Muslim]
Satu Cerita Tentang Pemakan Riba
Pada suatu petang, sekitar tahun 1998, saya singgah untuk solat maghrib
di suatu mesjid yang terletak di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Kebetulan saya tidak terlalu
kalut untuk meneruskan perjalanan. Jadi saya mengambil kesempatan mendengar
kuliah maghrib yang disampaikan oleh seorang ustaz. Tajuknya tentang riba dan
pemakan riba. Sebaik sahaja dia membaca beberapa nas seperti di atas, tiba-tiba
ustaz tadi terhenti daripada meneruskan kuliahnya... dan terdiam sekitar lima
minit, sambil tangannya menyapu airmata yang menitis di kelopak matanya. Saya
terpegun dan kaget melihat peristiwa tersebut... Suasana menjadi hening
seketika, walaupun pada masa itu terdapat sekitar 20 orang yang hadir mendengar
kuliahnya. Hadirin yang lain juga saling berpandangan dan sekali sekali
memerhatikan gelagat ustaz tersebut. Kemudiannya ustaz tersebut meneruskan
kuliahnya, tetapi dengan nada agak sebak.... Sekitar 20 minit kemudian, kuliah
tersebut dihentikan (sebelum azan isya’ dikumandangkan). Selepas solat isya’,
dan bersalaman dengan beberapa hadirin, saya tergerak hati untuk bertanya
seorang orang tempatan (saya agak) tentang hal tersebut:
Saya: Pak cik, sebab apa ustaz tadi jadi macam tu?
Pak cik: Pak cik rasa, mungkin dia teringat kisah bapanya dulu...dah
lama meninggal dunia. Bapanya dulu ceti... kaya sangat... Tapi bila dekat mati,
dia tersiksa sangat sebab kena tipu, rumah kena rompak dan dia kena tetak. Kemudian
dia jadi amat daif, miskin sangat. Masa mati pun, kain kafan dia orang kampung
yang buat kutipan. Masa tu ustaz tadi
masih kecil lagi...
Saya: Oooo... begitu... Subhanallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)