Jul 20, 2013

"KANAK-KANAK DEWASA"

Semasa menunggu untuk bersolat jumaat di sebuah masjid di satu kampus universiti pada 19 Julai 2013, terdapat beberapa pemakluman yang dibuat oleh pihak masjid, antaranya,

"MOHON KERJASAMA KANAK-KANAK DAN ORANG DEWASA AGAR TIDAK MEMBUAT BISING SEMASA IMAM SEDANG MEMBACA KHUTBAH".

Sebelum ini, pengumuman di masjid yang sama pada setiap sebelum masuk waktu zohor pada hari jumaat adalah seperti berikut:

 "MOHON KERJASAMA KANAK-KANAK AGAR TIDAK MEMBUAT BISING SEMASA IMAM SEDANG MEMBACA KHUTBAH".

ITULAH AKIBATNYA JIKA TERDAPAT SEGELINTIR "KANAK-KANAK DEWASA" YANG TAK FAHAM ATAU TAK RETI BAHASA, YANG MASIH BERBORAK KETAWA HILAI SEMASA KHATIB SEDANG MEMBACA KHUTBAH, he he he...


Kejadian tersebut tidaklah SETERUK yang pernah saya dengar, iaitu seperti berikut:

Pada sekitar akhir tahun 2011, semasa saya singgah di suatu Masjid Daerah di sebuah negeri di pantai timur, khatib yang sudah pun mula membaca khutbah, tiba-tiba menyatakan berikut dengan nada yang lebih kuat daripada isi khutbah sebelumnya, iaitu,

"WAHAI MAKMUM YANG BERADA DI LUAR MASJID INI SEKARANG, SAYA MENYERU KEPADA ANDA SEMUA SUPAYA MASUK KE DALAM MASJID, DAN JANGAN MEMBUAT BISING", ...ha ha ha....

ITULAH AKIBATNYA JIKA TERDAPAT SEGELINTIR "KANAK-KANAK DEWASA" YANG TAK FAHAM ATAU TAK RETI BAHASA, YANG MASIH BERSANTAI DI LUAR MASJID, SAMBIL BERBORAK KETAWA HILAI SEMASA KHATIB SEDANG MEMBACA KHUTBAH, he he he...

Pada sekitar januari tahun ini, semasa saya masuk ke dalam sebuah lif di sebuah pangsapuri, saya lihat terdapat beberapa contengan di dinding lif, termasuk pada satu notis pemakluman yang ditampalkan di dalam lif tersebut. Pada masa itu terdapat 3 orang lagi orang dewasa di dalam lif tersebut bersama saya, iaitu 2 lelaki dan seorang wanita. Lalu secara spontan saya berkata seperti berikut:

"SUSAH SUNGGUH NAK FAHAM PERANGAI BUDAK-BUDAK NI..", sambil tangan saya menuding ke arah contengan-contengan tersebut.

Lalu salah seorang pengguna lif (lelaki) menjawab,

"TAPI KAWASAN DICONTENG NI TINGGI. TENTU BUKAN BUDAK YANG BUAT KERJA NI.."

Saya spontan menjawab,

"KERJA BEBUDAK DEWASA LA NI. UMOR DAH DEWASA, TAPI OTAK BUDAK"

Kami semua ketawa serentak...

Itulah akibatnya jika terdapat "kanak-kanak dewasa".. kan?

Ini pula berita dari akhbar Harian Metro http://www.hmetro.com.my/articles/Mangsamercunpalingsenior//Article (3 Ogos 2013)
... seorang bapa tunggal empat anak cedera di tangan kiri dan badan, malah mengalami masalah pendengaran apabila mercun itu tiba-tiba meletup ketika dinyalakan sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung ...., kelmarin. Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, mangsa, ......, 55, dipercayai mangsa mercun tertua di negara ini dibawa ke Hospital .... oleh jirannya sebelum dirujuk ke Hospital ..., untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil. Menceritakan kembali kejadian itu, ....berkata, sebelum kejadian, dia sedang bersendirian di depan rumahnya dan ketika berjalan-jalan, dia ternampak sebiji mercun bola yang masih mempunyai sumbu. Katanya, dia memberanikan diri dengan mengambil mercun itu dan memeriksanya sama ada masih boleh digunakan atau rosak. “Saya menyalakan mercun itu kerana mahu menguji sama ada masih elok atau rosak.

Jadi, harapnya, kita bukanlah tergolong di dalam kategori "KANAK-KANAK DEWASA" la yer...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.