Masjid ini, namanya Masjid Al-Mustaqim, terletak di Kampung Seriab, Kangar, Perlis.
Ia hanya sebuah masjid yang "biasa-biasa" jer... Tak ada yang istimewanya bagi kebanyakan orang. Namun saya nak kongsikan beberapa perkara tentang masjid ini:
Pertama, kerana namanya "Al-Mustaqim", yang kebetulan namanya hampir sama dengan nama salah seorang anak lelaki saya (yang saya sendiri meletakkan nama itu semasa mendaftarkan kelahirannya dahulu), iaitu "MUSTAQEM", yang bermaksud "jalan yang lurus". Ungkapan ini terdapat di dalam al-Qur'an, termasuk di dalam surah "Al-Fatihah".
Kedua, kerana siri peristiwa yang saya lalui di situ. Ceritanya begini: Setelah mendaftarkan diri di sebuah hotel berhampiran kawasan "Mini Putra Jaya Kangar" (Pusat Pentadbiran Baru Negeri Perlis) pada sekitar jam 3 petang, 21 Julai 2013 (12 Ramadhan 1434), maka saya "melilau" (ungkapan orang Utara, yang bermaksud "berputar-putar sana sini") mencari tempat untuk saya berceramah pada keesokan harinya, disamping mencari tempat untuk saya membeli sedikit makanan untuk dimakan selapas terawikh, dan juga mencari tempat untuk saya bersolat terawikh untuk 3 malam berikutnya. Setelah bertanya seorang lelaki di situ dan juga penyambut tamu hotel, maka saya pun menuju ke arah masjid tersebut...Alhamdulillah saya jumpa... Emm, selesai la hal untuk meneruskan agenda berterawikh...
Sekitar jam 8.30 malam itu, saya bergegas ke masjid itu kerana bimbang tak ada tempat meletak kenderaan. Alhamdulillah... cuma baru 4 buah kereta yang berada di kawasan masjid itu, dan beberapa motosikal, dan masih banyak tempat masih kosong. Selepas menunggu seketika dan selepas solat tahyatul masjid, maka azan dikumandangkan. Selepas solat isya', dan, sebelumnya, menunaikan solat sunat Qabliah (sebelum solat Fardhu), dan selepasnya menunaikan soolat sunat Ba’diah (selepas solat Fardhu), maka Imam pun terus memulakan solat terawikh, tanpa ada bacaan selawat dan sebagainya. Selepas setiap salam pun, tidak ada doa dan selawat serta zikir diungkapkan, dan diteruskan dengan terawikh berikutnya. Cuma selepas 4 raka'at, diadakan tazkirah pendek. Kemudian diteruskan dengan 4 rakaat (2 salam) solat terawikh, dan kemudian diteruskan pula dengan 3 rakaat solat witir (tetapi dengan satu salam)(bukan kebiasaanya 2+1 rakaat). Setiap permulaan bacaan, termasuk Al-Fatihah, saya tidak mendengar Imamnya mengungkapkan "Bismillah hirrohmaa nirrohiiim".
Selesai solat, tidak ada selawat dan doa yang diungkapkan...Dan solat pun berakhir..., dan kami pun bersurai...
Bagi saya yang belum pernah mengalami kaedah sedemikian (yang saya percaya bukannya salah), saya terasa diri saya ini seolah-olah "sombong dan kedekut" sangat kepada Allah swt dan Rasulullah saw kerana tidak mengungkapkan doa dan selawat... Tiba-tiba rasa sayu melanda diri saya, sebab banyak guru berpesan kepada saya, "banyakkan berzikir, berselawat, banyakkan berdoa, terutama di bulan yang mulia ini..."
ALLAH SWT berfirman: “Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu.”
(Al-Qur'an Surah Ghafir: 60)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH membebaskan hamba-hambaNya dari api neraka setiap hari dan malam pada bulan Ramadan. Dan sungguh setiap Muslim memiliki satu doa yang mustajab di bulan ini.”
(Hadith riwayat Al-Bazzar)
Satu lagi peristiwa (walaupun kecil sahaja, tetapi menyentuh juga hati saya) adalah tentang adab seorang jemaah lelaki. Pada malam ketiga, iaitu malam terakhir, saya masuk ke masjid tersebut sekitar jam 8.40 malam, dan terus ke arah syaf paling hadapan di kiri (arah menghadap Qiblat), dan terus solat tahyatul masjid, dan terus kekal duduk di situ sambil menunggu masuk waktu isya". Tetiba saya tersentak apabila seorang lelaki masuk di kiri saya dan menguiskan bahagian paha saya dengan kakinya, seraya berkata, "Hah, aleh sikit!", dengan nada dan cara agak kasar. Maka saya menganjakkan diri ke arah kanan. Barulah saya teringat bahawa 2 malam sebelumnya, memang saya lihat "orang itu" menggunakan tempat itu, dan seperti tempat itu dah ditempah olehnya, dan orang lain "jangan duduk di sini yer". Tapi cara orang berkenaan "menghalau" saya dari "tempat lazimnya" itu, saya kira "tidak wajar", kan? Apapun, saya maafkan dia...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.